Archive for 2010

perempuan itu indah


.

perempuan...


diciptakan dari tulang rusuk lelaki...
tulang rusuk yang paling berdekatan dengan hati..

dicipta dengan 9 nafsu dan 1 akal..
jadi ia selalu bertindak mengikut nafsu bukan akal...



namun...
ia sebaik-baik hiasan dunia...

memiliki hati yang lembut umpama kaca..
salah sentuh pecah berderai
memiliki mental umpama batu bata..
mampu bertahan walaupun ditimpa badai...
memiliki pesona seperti ratu..
mampu menundukkan jejaka...

hanya dengan tuturan mampu menewaskan sang pria
hanya dengan kecantikan mampu membuat 2 negara bergaduh
hanya dengan keprihatinan mampu membuat 2 sahabat bergolak

tapi sedarlah...

perempuan dicipta untuk menjadi mendukung kaum adam
perempuan dicipta untuk mendidik zuriatnya...
perempuan dicipta untuk berdiri belakang kaum adam dikala susah dan senang
perempuan dicipta untuk menjadi penyeri di setiap mahligai...


sungguh indah kan fungsi perempuan???
diberi keistimewaan melahirkan zuriat...
duberi keistimewaan mempunyai hati yang lembut...

jadi bersyukurlah....
anda dilahirkan dengan 1000 sifat kelembutan, kasih sayang dan sebagainya...


semalam..


.


Mengapa perlu mengenang kisah semalam kita....

sedangkan mungkin ada pelangi pada hari esok????

mengapa perlu bersedih tentang semalam..

sedangkan mungkin ada keceriaan pada hari mendatang...


tak salah mengenang tentang kenangan dan semalam...

tapi bukan untuk terus bersedih dan bermurja...


sungguh..

melupakan bukan bermaksud tidak sayang pada kenangan...
tapi mengubah

untuk kebaikan diri...
untuk terima kenyataan tentang sesuatu yang hanya jadi pinjaman kepada kita..


apa guna bersedih dan terus bersedih...
bukan boleh mengembalikannya semula...

apa guna meratap dan terus meratap..
bukan dapat melihat dia tersenyum dan berkata "hi sayang"

apa guna menangis dan memeluk kenangan
bukan dapat memeluk dan berkongsi seperti dulu....


jangan seksa diri sendiri...
jangan dera tubuh sendiri...
jangan takut untuk berubah..

mungkin ada yang lebih baik menanti...
mungkin akan ada kegembiraan untuk menggantikan kemuraman...
mungkin dengan keceriaan mungkin "si dia" akan gembira di sana...


sungguh...
berubah bukan bererti melupakan kenangan indah kita
berubah bukan bererti membuang semua barangan kesayangan kita berdua
berubah bukan bererti meninggalkan sesuatu yang pernah bertakhta dihati....


tapi

untuk menjalani hidup tanpa senyuman mu..
untuk menerima tiada ucapan dan ciuman dikala bangun pagi
untuk menghadapi bahawa tiada tangan yang menyeka air mata di kala sedih
untuk mengakui tiada lagi telinga,bahu, dada, untuk dipinjam setiapkali runsing...

maap ya buat kamu terseksa dengan kedegilan saya...

tapi kamu memang
semalam yang umpama pelangi...
semalam yang indah yng singgah dalam hidup saya..


moga kamu tenang di sana yaaa... :)

nak share ckit : Jgn kite tgglkn org yg kita syg utk org yg kita suke sbb org yg kita suke akn tgglkn kite utk org yg mereka syg...BETOL!!! jgn try dptkn apa yg kite syg tp syglah dgn apa yg kite ada sblom kite ilang ap yg kite syg kerna org yg sygkn kite mgkin org yg sebenarnya kite syg...lbh baek kite brsama org yg sygkn kite drpd org yg kite syg sbb org yg kite syg mgkin hanya suke tanpa rasa syg...


Ada Apa Dengan Cantik....


.

Cantik!!!!


kalau bercakap tentang cantik...
golongan hawa amat obses tentang cantik...
sanggup merana sebabkan mahu cantik, lawa dan menarik....
sanggup menahan perut berminggu semata-mata mahu kelihatan kurus dan menarik??
sanggup membuka aurat apabila melihat kawan-kawan yang free hair cantik without tudung??

hey!!! be yourself laaaaa....


ada apa dengan cantik????

adakah mau dipuji oleh golongan adam???
adakah mau dikasihi dan diminati ???
adakah mau bergaya dan memakai baju cantik2??
adakah mau memiliki badan macam model baru dikategori cantik??

tak perlu gaduh dan susah hati hanya untuk cantik...

ook..

cantik sebenarnya universal...

tidak semestinya perlu kurus seperti liyana jasmay untuk jadi cantik..
tidak semestinya berisi itu tidak menarik...
tidak semestinya untuk menarik hati lelaki perlu free hair...
tidak semestinya menutup aurat tidak boleh cantik...

buat apa cantik kalau tiada manners??
buat apa cantik kalau perilaku tidak dijaga...

perempuan dilahirkan sebagai perhiasan dunia...
dikurniakan sifat lemah lembut, penyayang dan kecantikan sebagai aset...

semua perempuan cantik...
jadi gunalah kecantikan anda dengan cara yang betul...

untuk cantik..
tak perlu memakai solekan 5inchi..
tak perlu bergaya umpama artis
tak perlu menggeleng-gelengkan kepala seumpama model..

hanya perlu
ikhlas
yakin pada diri
dan sentiasa senyum...

sesungguhnya....
senyum terapi yang bagus untuk kesihatan....

p/s: jangan baling hp anda selepas baca entry nie..
saya pun insan biasa..tidak cantik seperti model...
hanya makhluk biasa yang menumpang di bumi tuhan..

=)
create by:-nieNa haiLani & LilA HaiLani-
=)




Kord Lagu La Luna - Selepas Kau Pergi


.

Kord La Luna - Selepas Kau Pergi


C
Selepas kau pergi,
Dm
Tinggallah di sini ku sendiri,
G F
Ku merasakan sesuatu,
C
Yang t'lah hilang di dalam hidupku.

C
Dalam lubuk hatimu,
Dm
Ku yakin kau pun sebenarnya tak
G F
Inginkan lepas dari ku,
C
Tahukah kau kini ku terluka.

Reff :
Dm G
Bantu aku, membencimu,
Am F
Ku terlalu, mencintaimu,
G
Dirimu begitu......
C
Berarti untukku.....

C
Kau telah mencinta,
Dm
Dan dicintai kekasihmu,
G F
Ini tak adil bagiku,
C
Hilanglah damba tinggallah hampa.

Back to reff:

Dm G
Lupakan ku, dalam tidurmu,
Am F
Yang pernah, mencintaimu,
G
Kau memang tercipta,
C
Bukanlah untukku...

C
Selepas kau pergi,
Dm
Tinggallah di sini ku sendiri,
G F
Ku merasakan sesuatu,
C
Yang t'lah hilang dalam hidupku...
C
La... la... la... la..

Nota kaki : Kord yang simple dan saye jamin korang semua boleh main... Mudah aje macam mudah.com.. ngee...

Musim Study...


.


Sekarang musim exam, aku sebagai student tak ketinggalan study untuk exam... Eh, mestilah aku study, korang ni la.. Hehe... Walaupun aku rajin post entry tapi study tetap study... 4rata tetap aku kejar... Wow...tinggi
harapan aku ye..

Aku ni jenis orang yang tak boleh study dalam bilik (ni apply untuk waktu pagi dan petang ye) sebabnya aku cenderung untuk tidur dari aku study kalau aku ada dalam bilik... Takpun aku cenderung bukak Facebook mahupun blog... Jadi elok aku keluar dan study di luar... Memang aku sejak zaman matrik dulu aku study dekat library, kat surau, study kat taman, study bawah pokok. Aishh macam-macam tempatlah aku pergi..

Exam pertama kali ini, di Penang ini tempat study aku dah maju... Atau pun up to date sikit... Sikit je tak banyak la iaitu di McDonald... Haha.. Best betul study dekat sini, dalam sejuk aircond, aku juga boleh sejukkan perut aku dengan minuman dia, air Coke air tu entah kali ke berapa aku refill. Jimat duit kan... Tapi tak boleh minum selalu sebab minum gas ni tak elok tau kawan-kawan... Tak elok untuk perut... Kalau sekali-sekala takpe.. Aku cuma minum je pun.. Makan bukan selera aku makan burger pagi-pagi. Aku tetap cari nasi untuk isi perut Melayu Jawa aku.. Hehe.. Aku orang Jawa yer..

Aku study di sini ditemani dua orang rakan aku yang memang rapat dengan aku di sini... Jujur, study di sini tak mengantuk sebab kalau mengantuk kami jalan-jalan, shopping sikit apa yang patut, takpun tengok orang lalu lalang... Kalau mengantuk juga tak tahu lah aku nak kata apa sebab keadaan sekeliling dah meriah dan ramai orang... Satu paper Muzik dah habis, tinggal satu paper lagi.. Kena cari tempat baru ni nak study... Eerm.. Dekat Penang ni, Oldtown dekat mana ye? Hehe..







Jom belajar not.. Atau orang panggil 'tauge'

Kawan Bukan Lawan...


.


Terus-terusan menyakiti hati kawan baik atau kawan yang kita rapat atau kawan sejati yang sayang kita bukanlah suatu perkara yang baik dan ia perlu dihentikan... Aku bukanlah jenis orang yang sebegitu, sanggup melihat kawan baik aku yang hadir dan hidup bersama aku terasa hati dan sedih... Sebab aku ini sangat sensitif akan perasaan orang terutama kawan aku sendiri dan tak tergamak nak menyakiti hati kawan aku...Ishh..

Kalau adapun, mungkin tanpa aku sedari... Itu memanglah khilaf aku tidak sedar yang aku menyakiti hati kawan... Tapi untuk dengan SENGAJA atau atas dasar suka-suka untuk menyakiti hati kawan, memang bukan aku dan PANTANG DATUK NENEK Jerman aku untuk buat orang macamtu...

Kadang-kadang aku pelik bila melihat perangai orang yang tergamak menyakiti hati kawan sendiri secara sengaja ataupun dalam erti kata lain tahu kawan tu terasa hati dengan perbuatan kita, tapi suka pula tengok dia sakit hati.. Pada aku orang macam ini bukan kawan sejati, tapi baru tahap kawan biasa saja... Takrif kawan itu berbeza pada pandangan aku, kerana aku ni menghargai erti persahabatan yang terjalin antara aku dan orang lain. Bagi aku, jika berjumpa orang seperti ini aku anggap belum matang dan belum tahu erti persahabatan... Apapun, hargailah rakan anda sebab tanpa mereka anda tidak akan merasa erti gembira, sedih dan ketawa bersama... Anda tidak akan tahu nilai sahabat itu, melainkan selepas anda kehilangannya.... Percayalah.

Resah Aku...


.

Sehari dua ni aku mula resah dan gelisah... Ini la akan terjadi pada aku bila masa untuk aku berada di tanah lahir ini semakin hampir ke penamatnya.... Ah resah aku, meninggalkan bandar ini... Berat hati mahu pergi... Keadaan aku menjadi tak tentu arah... Jujur aku, tiada apa yang menggembirakan aku selain dari cuti panjang dan berada di tanah lahir aku sendiri...


Esok petang aku akan pulang, mengambil feri dan menyeberang seorang diri ke tanah pulau... Uh aktiviti yang sungguh amat berat untuk aku lakukan... Kalau ada teman bagus juga... Hilang sedikit resah aku kembali ke tempat ilmu... Selepas sampai ke tanah pulau, ambil bas Rapid, itulah yang aku kena hadapi setiap kali pulang ke kampung... Mula-mula dulu seronok juga naik feri bagai ni, tapi bila dah lama bosan lah pulak.. Haha.. Manusia memang cepat bosan... Lepas ni aku cuba balik naik kapal terbang pula, baru adventure sikit... Eeeh berangan la pula...

Herm... Doakan perjalanan aku selamat... Baru-baru ni bas Transnasional masuk tali air..? Aku ingat bas Transnasional punya pemandu yang berhemah rupanya sama juga... Mudah-mudahan selamat perjalanan aku pergi balik... Amin.

Selamat Menjalani Peperiksaan...


.

Aik... Kecik pula gambar adik comel atas ni... Haha...urm... Tengok tu, semangat betul adik ni jawab exam... Confirm dapat result cemerlang ni kan dik...? Haha...


Urm... Kepada rakan-rakanku yang dalam minggu peperiksaan sekarang, (rasanya hampir semua rakan-rakan aku exam sekarang ni) semoga dapat menjawab kertas soalan anda, dapat jawab dengan tenang serta dipermudahkan Allah dalam segala urusan... Jangan lupa doa lewat solat... Ingat... Nak pesan ni, what you gain is what you had done before... Jangan menyesal kemudian hari... Hehe... Pesanan dari aku yang takde la bersedia sangat nak exam pun... Harap aku tak menyesal lah dikemudian hari...kah kah kah....

Sebut fasal minggu exam... Aku pun musykil... Aku tak tahu mana pergi mood study aku...? Pengamatan aku sejak belajar di Penang ni, berbeza betul kalau banding dengan aku di matrik dulu... Kalau di matrik dulu, ish sehari aku tak berganjak dari meja (betul ni tak tipu, ish..tak main la tipu-tipu) Tapi kat Penang ni meja study dengan aku macam perang dingin je apehal? Musykil aku pada diri... Punya lah perang dingin, sampai aku pergi keluar cari tempat belajar kat luar... Seharian baru aku balik bilik...Ishh...

Apapun, doa aku pada rakan-rakan aku... Semoga berjaya dalam apa jua yang anda lakukan... Sayang aku pada kamu. Semoga berjaya.

My Gloomy Day...


.


Huhu... Kelmarin jadi satu hari yang aku tak ingin kenang... Tak mahu kenang langsung... Kelmarin, hari aku hilang segala macam, duit rm100, kad-kad ATM, kad pengenalan, lesen memandu, tiket bas balik Penang dan gambar mak yang aku simpan sejak sekolah menengah lagi... Sigh... And a bit sad... Bagi korang, duit rm100 tu banyak ke? Bagi aku, ye...masih banyak... Macam-macam boleh dibeli... Ohhh hasrat aku untuk membeli handphone touch screen tak kesampaian? Haha.. Harap abang-abang aku boleh bagi sponsor sikit? (Harap mereka baca blog aku ni..hehe)


Kelmarin juga, lepas sedar dompet aku dah takde, dah dirembat orang-orang yang ada di situ, apa yang berlaku pada aku ialah aku terus mati akal... Haha... Serius. Aku terpana sekejap, neuron aku terberhenti tanpa sedar... Mungkin kalau ditoreh muka aku tak keluar darah kot? Haha... Aku ambil sedikit masa untuk proses apa yang berlaku... Erti kata lain, terkejut beruk... Tak percaya... Bila aku seluk sana, seluk sini. Sahih.... takde dah... Alamak, macam mana ni mak... Muka aku, mula dah menggelabah ubi... Aku pun apalagi, mula cari satu kedai tu.. Kalau orang tengok, sebijik ingat aku masuk program Amazing Race versi bandar Teluk Intan... Haha... Aku cuba tanya sikit dekat mat-mat bangla yang ada tepi-tepi tu, ishh.. Kalau boleh aku nak gertak seorang-seorang kat situ suruh mengaku... Haha... Korang fikir, mesti tak baik kan aku nak buat macamtu... Tapi masa tu aku betul-betul cuak dan terdesak nak jumpakan dompet aku... Korang... baru keluarkan duit dan baru beli tiket bas... Just nice... Lepas penat cari satu kedai, mak abah aku ajak balik... Jujur, aku tak mahu tinggalkan tempat tu, tapi dah dekat Maghrib... Nak taknak, aku tinggalkan jugak dan malam tu aku cancelkan semua kad-kad ATM dan buat report polis.

Memang best pencuri tu, bersuka ria lah dengan duit dalam tu, baru je keluarkan, tak sempat nak sentuh pun. Tapi ingat lah suka atas dunia ni tak kemana pun bang. Ingat kat sana tu... Apa pun, kelmarin hari aku sudah ditakdirkan begitu... Tak boleh buat apa... Kelmarin hari aku, hari lain siapa tahu... Aku redha...

Comel budak dalam gambar tu...

Selepas Kau Pergi...


.

La Luna - Selepas Kau Pergi


Selepas kau pergi,
Tinggallah di sini ku sendiri,
Ku merasakan sesuatu,
Yang t'lah hilang di dalam hidupku.

Dalam lubuk hatimu,
Ku yakin kau pun sebenarnya tak
Inginkan lepas dariku,
Tahukah kau kini ku terluka.

Bantu aku, membencimu,
Ku terlalu, mencintaimu,
Dirimu begitu,
Berarti untukku..

Kau telah mencinta,
Dan dicintai kekasihmu,
Ini tak adil bagiku,
Hilanglah damba tinggallah hampa.

Bantu aku, membencimu,
Ku terlalu, mencintaimu,
Dirimu begitu,
Berarti untukku...

Lupakan ku, dalam tidurmu,
Yang pernah, mencintaimu,
Kau memang tercipta,
Bukanlah untukku...

Selepas kau pergi,
Tinggallah di sini ku sendiri,
Ku merasakan sesuatu,
Yang t'lah hilang dalam hidupku..



Teluk Intan... I'm Coming...


.

Credit to : Khairul Izwan


Hari ini aku menghirup udara pagi Teluk Intan... Terasa sangat-sangat nyaman menghirup bayu semilir bandar lama... Semalam aku sampai juga di kampung dengan debar sebab sekarang ni penuh dalam akhbar cerita fasal kemalangan bas.. Pakcik bas tu pulak bawak lorong sebelah kanan aje, laju betul tapi Syukur semuanya selamat... Jadi semalam aku sampai rumah awal dalam pukul 10 malam..

Ini entry pertama aku buat di rumah... Jadi label aku kali ni di Teluk Intan... Dalam keterujaan nak balik semalam, sebenarnya semalam hari susah aku... Rakan yang berjanji nak balik bersama tak jadi balik pulak... Dalam hati mula rasa tak best semacam... Mana nak ambil bas Rapid sorang-sorang, nak naik feri sorang-sorang... Dalam hati cakap naya dah ni.. Tapi aku gagahkan juga untuk pulang... Pulang ke bandar lama yang aku rindu amat...

Sesampai aku turun di depan kedai abang aku dan bawak kereta balik... Wow .. Dalam keadaan ingat tak ingat cara bawa kereta, aku bedal jugak bawak balik rumah dan berjumpa wajah-wajah tua yang aku rindu... Akhirnya, jumpa juga wajah aku rindu saban malam... Makin jelas urat pada wajah-wajah itu... Oh, betapa masa cepat berjalan.. Di bandar ini, aku ingin lepas rindu aku... Salam perindu dari jauh... Salam dari anak untuk orang tuanya...

Teluk Intan... Here I Come..

Bingung Amat Aku...?


.


Aku manusia bingung,
Tidak tahu mahu melangkah ke mana,
Berada dalam payah jerih yang menjalar di sepanjang jalan,
Aku cuba melangkah ke hadapan,
Yang ada cuma onak dan duri,
Ku toleh pula ke belakang,
Yang ada cuma sembilu dan ranjau,
Bingung amat aku?

Mahu dibawa ke mana langkah kaki ini,
Yang masih lagi teragak-agak mencatur langkah,
Terus aku berdoa pada Tuhan,
Ya Tuhan, tunjukkan aku jalan..

Bila anak setahun jagung berkarya...

Jiwa Aku...


.



Melihat awan kini seperti melihat hati,
Awan berarak perlahan-lahan,
Berat membawa himpunan air dalamnya,
Ditiup angin kencang awan berarak laju,
Hilangnya angin awan bergerak perlahan,
Sepertinya menanti kehadiran angin untuk memacu,
Layaknya seperti layang-layang yang putus tali,
Menuju ke suatu destinasi yang tak pasti,
Oh pasrah hati.

Karya dari aku untuk kamu.
Salam pertemuan.



Plagiarism...


.


Hidup sebagai blogger ini kadang-kadang pening juga... Mana tidaknya... Semalam aku terkejut melihat tulisan aku dalam blog ini telah diplagiat oleh seseorang blogger juga... Entry aku mengenai Hormati Privasi Orang Sekeliling telah di copy paste bulat-bulat oleh beliau... Oh senangnya... Apa yang anda lakukan itu amat-amat memalukan jika anda merasa diri anda seorang blogger... Plagiat adalah satu kesalahan.... Ingat tu... Tidak boleh kita mengambil idea orang tanpa kebenaran dan mengaku itu adalah hasil karya kita... Jika mahu ambil pun, perlu dikreditkan siapa penulisnya... Ishh... Itu pun perlu ajar ke bang...?


Lebih memalukan lagi... Apabila aku mengetahui umurmu jauh lebih tua dari aku dan kamu lebih lama menjadi blogger dari aku.. Gelak sikit... Ha ha ha.. Sepatutnya blogger lama seperti kamu ini lebih tahu etika seorang blogger dari aku yang setahun jagung ni... Baru lapan hari buat blog.

Sebagai seorang blogger, plagiarism adalah sangat tidak boleh... Ia melanggar etika. Mengambil hak cipta orang lain adalah dilarang... Blogger perlu ada etika yang perlu dijunjungnya... Tulus aku, sangat berharap kamu sedar kesalahan itu... Rasa amat-amat kecewa jika karya diri diplagiat... Kalau mahu, tanya saja... Aku tak marah pun. Kecewa aku pada kamu.

Sekian, salam dari aku.

Apa Mahu Ku..


.

Semasa aku dalam situasi menghadapi peperiksaan akhir ini, situasi tersepit serta berkerja keras dalam menghabiskan pelajaran... Satu perasaan akan muncul.. Muncul di saat aku duduk-duduk tak tahu nak buat apa selepas menelaah. Nak tahu perasaan apa..?


Ya... Perasaan ingin menghabiskan peperiksaan dengan cepat dan pulang ke rumah untuk cuti semester... Haha.. Benar... Itu yang aku tunggu... Itu yang aku mahukan saat ini... Mengambil tiket bas dan pulang segera ke bandar lama itu... Sakit rindu ini begitu kuat mencengkam tangkal hati aku... Aku anak yang selalu sakit rindu pada rumah, pada bandar lama Teluk Intan... Masuk ini, dah tiga kali entry berkaitan ini aku buat... So, I really mean it.

Apapun... Tenang-tenang aja.. Lagi tiga minggu aja pun...*sigh.

Lewat Penambahan Usia... Terima Kasih Semua...


.

Terlebih dahulu dengan rasa terharu yang tinggi... Aku ingin menitip terima kasih yang sedalam-dalamnya pada rakan-rakan tersayang yang tak putus-putus mengepos ucapan hari jadi dekat wall Facebook aku... Oh amat-amat aku terharu... Kamu rakan-rakan yang amat aku sayang... Tanpa kamu siapalah aku... (hehe..)


Hari ini 27102010.

Kisahnya malam tadi....Aku tidak punya mood... Aku ingin tidur awal... Rasa sakit rindu pada bandar lama itu mencengkam kuat hati aku... Tambahan, sahabatku yang sekarang menyambung belajar di matrik sudah cuti semester... Sahabatku berada di bandar lama yang aku kenang selalu itu... Jadi, itu lah faktor aku sakit rindu pada rumah. Aish..

Dalam aku sakit rindu itu, sahabat aku ini juga yang memujuk.. Haha.. Itu lah siapa suruh bercerita dah balik... Haha.. Terima kasih sahabat atas pujukan... Tahu-tahu saja aku sakit rindu... Sungguh-sungguh aku hargainya... Nurul Syazwani Yan. Selamat bercuti semester... (kalau kamu baca ini..)

Kepada bonda dan ayahanda tersayang... Terima kasih atas ucapannya... Sempena peningkatan usia ini, maafkan segala khilaf... Halalkan makan-minum anak seorang ini... Tahu banyak buat salah dan khilaf...Maafkan... (isk...isk) Tunggu kepulanganku raya ini...

Kepada sahabat dan kembar aku, terima kasih atas ucapannya yang walaupun lambat tapi tak mengapa... Tetap aku kenang... Lama aku tunggu ucapan dari kamu sebab kamu kembar aku... Nak tanya sikit...? Macam mana boleh hantar pakai handphone...? Seludup ya... Hehe... Kantoi ye... Tak mengapa. Aku tetap sayang kamu.

Kepada rakan peneman aku yang keseorangan di tanah pulau ini... Aku sangat hargai masa yang banyak dihabiskan bersama.... Aku kenang amat kerana tak pernah melupakan aku sepanjang berada di pulau ini... Nak tanya ni... Jadi tak pergi Qb...? Sekarang study weeklah... Haha.. Ada-ada saja korang ini... Nanti kita lepak mapley lagi okay? Haha... Siapa mengajar korang mapley-mapley ni...? Ish..ish... Aku ke..? Mana ada...

Dan yang lainnya yang tidak disebut... Terima kasih ku ucapkan... Aku sayang kamu.

Cuti semester aku..? Tunggulah raya haji nanti... Tenang-tenang aja.....

Hari ni hari bersejarah aku, boleh aku isytiharkan hari tidak memegang buku? Haha..

Sesalan Ku...


.

Regret. Ya.... Betapa mata ini tidak nampak apa yang ada di hadapan... Tapi mata ini lebih nampak yang jauh dari itu... Bila sudah tiada... Sudah pergi... Baru menyesal... Baru tercari-cari... Aahh... Betapalah manusia ini sering buta menilai apa yang ada di hadapan mata... Sering mengagumi pada yang lainnya... Kagum pada yang tidak di punya sering memegang kejab tangkal hati. Kejab sekali. Sedangkan di hadapan mata dibiarkan lesu.


Kalaulah manusia bisa mengenal berlian dari kaca seperti jauhari mengenal manikam... Pasti bahagia rasa... Hargailah ia sebelum terlambat...

Salam dari aku. Yang sudah sakit rindu pada bandar lama itu. Tunggu kepulanganku. Ibu ayahku.

Orang Garang...


.

Haha.. Gelak dulu tengok gambar ni... Lawak kan... Macam tu la muka kita kalau marah tau.. Buruk kan... Hehe.. Tak elok tau marah-marah...


Nak tanya sikit... Pernah tak berjumpa dengan orang yang garang...? Bukan garang biasa-biasa... Tapi garang tahap gaban.. Haha... Aku masih ingat lagi cikgu aku di Sek. Men. Convent dulu, cikgu Kemahiran Hidup... Haha... Kalau rakan-rakan sekolah baca ni mesti dapat agak siapa kan.. Syyyh...

Cikgu aku ni memang garang tahap gaban... Orang tengok dia datang je sudah menggigil kepala lutut... Nampak cikgu seorang ini dari jauh, terus kelam kabut cari kerusi nak duduk.... Ribut sekejap kelas aku itu... Selalu sahaja dia marah-marah dalam kelas... Buat salah saja mesti kena herdik la... Aishh.. Biasa la... Tapi tak tahu la orang jenis aku ni kalau dia marah lagi aku suka.. Suka apa..? Suka tengok saja ya... Bukan suka bagi dia marah lagi... Ish.. Kalau aku tengok dia lalu... Aku senyum kat dia... Kadang-kadang dia balas... Kadang-kadang dia buat biasa saja...

Selalu aku terfikir... Cikgu ni betul ke garang atau buat-buat garang aje..? Aku rasa cikgu-cikgu ni buat garang depan anak murid saja... Kalau tak garang mana anak murid nak dengar cakap kan...kan.. Betul tak..?

Jadi bila memandang cikgu garang aku seorang ini, aku cuba bayangkan sisi lembut dia... Sisi sifat penyayang dia... Sisi sifat keibuan dia... Aku memandang pada asal diri sebenar mereka... Segarang-garang manusia pasti ada kasih dan sayangnya... Itu fitrah. Jadi bila dia mengajar tak ada lah aku rasa kecut perut... Atau nak pandang dia macam kita memandang mak rimau saja...

Bila aku buat macamtu, ya... Memang ada perubahan... Perubahan sikap cikgu ini pada aku... Bila aku bersendirian dengannya tak adalah garang mana... Baik rupanya cikgu ini... Rupa-rupanya garang dalam kelas saja... Jadinya, jangan pandang seseorang itu luaran sahaja... Cuba selami hati seorang cikgu... Pasti faham mengapa dan apa sebabnya... Kan...

Apa khabar cikgu..?

Hormati Privasi Orang Sekeliling...


.


Hidup bersama orang bererti kita hidup dalam masyarakat... Kita tidak hidup sendirian dan masih ada orang berada di sekeliling kita... Situasi ini merujuk kepada kehidupan di hostel, rumah, apartment atau di mana-mana sahaja tempat tinggal... Tidak kira siapa jua anda...

Bila hidup beramai-ramai... Hidup sudah sebumbung... Tidur sudah sekatil... Mesti privasi pun kurang... Aku orang yang amat menjaga privasi orang lain.. Aku yakin... Manusia memerlukan privasinya sendiri... Setidak-tidaknya di tandas, semua ada privasi sendiri...kan..kan.. Setuju..? Haha..

Tapi sayang tak semua dalam dunia ni tahu menghormati privasi orang lain... Berasa sensitif pada keadaan sekeliling.... Bila berjumpa orang sebegini apa rasa anda ya...? Nak tanya sikit... Apa anda buat ya...? Nak tahu juga rasa anda bila berjumpa orang-orang semacam ini... Kalau diri ini.... Ahh lemah nya bila jumpa orang-orang semacam ini... Aku ini jenis orang yang tidak tahu menegur... Mahupun memberitahu seseorang itu yang aku rasa terganggu... Aku cuma pendam dalam hati dan berharap orang itu sedarlah sendiri... Kalau silap cara menegur, diri sendiri pula yang terkena... Jadi... Pendam sajalah... Ish..Ish.. Tolong ajar budak umur setahun jagung ni cara-cara tegur orang boleh..? Ahaa..

Sekadar rasa anak kecil seperti aku...


Semua orang ada privasi sendiri...kan..kan.. Setuju?

I Need A Good Sleep..


.

Nak cerita pasal tidur pula... Cerita pasal tidur ini menarik juga... Betul kan...? Hehe...Okay mari kita bercerita tentang tidur... Dulu.. Kalau bercerita tentang tidur ini memang fail.. Angkat bendera putih... Sebabnya aku ini orang yang punya kualiti tidur yang teruk... Diulangi kualiti yang teruk... Kalau masuk MQA mesti tak lepas... Tak percaya...? Boleh tanya orang-orang terdekat denganku... Hehe..


Aku ini kalau tidur awal pukul 12 malam -1 pagi tu... Bukanlah aku orangnya...ish ish.... Insomnia...? Tidak.... Aku tiada masalah tidur cuma aku ini selalu menolak kata hati aku... Kalau dikira... Masa cuti lagi teruk waktu tidurnya... Terkadang pukul 6 pagi baru aku tercari-cari katil nak tidur.... ish... Anak kecil seorang ni.....

Kata kakak sulungku, aku budak burung hantu... Tidur masa orang dah bangun... Paling ketara bila berada di bulan puasa... Waktu sahur aku masih segar-bugar lagi... Maklum la tak tidur... Masa ini memang senang kesan sebab orang lain muka sembap sahaja.. Iya lah orang baru bangun tidur... Abang aku pula selalu sahaja buat panggilan pukul 2-3 pagi... Yakin betul adiknya ini memang tak tidur lagi... Buat panggilan bukan sebab apa.... Suruh buka pintu rumah je pun... Huhuhu..

Memang bab tidur awal ini tidak langsung dipentingkan dalam diri... Bagi aku tidur awal ni tak seronok... Iya lah... Dari tidur awal-awal ni baik tengok cerita ke... Cerita kat TV malam-malam best juga kan...? Hehe... Itulah aku... Susah sangat nak disuruh tidur awal...

Tapi diri aku sekarang ini sedang cuba mengubah sikap suka tidur lambat ni... Bercerita tentang ubah sikap ini... Memang susah... Tiada orang boleh ubah sikapnya sekelip mata... Termasuklah yang menulis ini... Tapi semangat berubah itu aku pegang kuat... Aku takkan berganjak padanya. Aku tak mahu kembali seperti aku yang dulu... Ya.. Aku akui memang sudah menjadi kebiasaan diri tidur lambat... Sejak dari zaman sekolah ke zaman tak sekolah tidur lambat... Sekarang, ini aku dalam fasa berubah... Sekali lagi, doakanlah. Aku mahu menjadi seperti orang lain juga. Ini harapanku.

Let It Go, Just Let It Go...


.

Dalam dunia ni pasti ada benda kita sayang kan..kan? Tak kiralah kucing ke, orang ke, harta benda ke, rasa sayang itu tak mengenal bentuk dan jasad.... Terkadang kita sayangkan sesuatu sampai tak mau lepaskan... Kalau boleh nak jerit sampai satu dunia dengar 'Jangan Pergi...!!!!' sambil nyanyi lagu Alexa - Jangan Kau Lepas... (hehe... Merepek dah budak umur satu tahun jagung ni.. Maafkan...) Ya... pasti terasa sukar amat untuk melepaskannya... Suatu yang kita dah sayang itu memang sukar untuk dilepaskan...


Tapi... Sedarlah... Jika kita meletakkan rasional di tempatnya... Jika kita meletakkan akal di hadapan emosi... Relakan lah dengan hati yang benar-benar rela.... Hati yang benar-benar pasrah menerima takdir... Jika kita berjaya melepaskannya, kita adalah anak kuat... Kita adalah JUARA... Atau dalam bahasa Inggeris...... We are the CHAMPION... Kita anak kuat yang boleh menanggung sebuah perpisahan.... Hati harus kuat menanggung derita... Bagaimana menjadi kuat itu...? Aku ingat pemegang semangat aku iaitu mak aku selalu memberi kata hikmatnya semasa aku lemah dan jatuh. Katanya... Dik. Jangan diikutkan perasaan... Ikut kata hati, kita mati... Ikut kata nafsu, kita layu... Itu benar. Mak memang benar.... Aku sangat pegang kata-kata mak itu... Jangan terlalu emosi dalam melayan perasaan... Kata-katanya memang berdasarkan pengalamannya yang penuh cerita... Ya, aku akui... Mak orang tabah.. Sewaktu nenek meninggal... Mak tak menangis walaupun hatinya Tuhan saja yang tahu.... Wahai mak, kau insan tabah... Aku kagum denganmu... Tabah menerima pemergian insan tersayang... Belajarlah untuk melepaskan dan melupakan... Yakinlah pada diri... Yang kita ini boleh menerima sebuah perpisahan dengan hati yang tenang dan rela... Belajarlah untuk menjadi anak kuat dan tabah....kehilangan aku? kehilangan teman kesayangan.. selamat jalan teman.. semoga bahagia engkau di sana..

Di Kurnia Seorang Sahabat....


.



Entry aku kali ini formal sedikit iaitu tentang S.A.H.A.B.A.T. Ini entry serius ni. Jangan senyum.... Hehe... Mari selami entry kali ini dari rasa dan nilai budak kecil umur baru setahun jagung ini.... Tidaklah hebat mana menilai pun... Boleh la sikit-sikit... Berbalik pada tajuk atas.... S.A.H.A.B.A.T. Ya... Sahabat kita... Bukan kawan tetapi sahabat... Bagi aku takrif kawan dan sahabat ini berbeza.... Jauh bezanya.... Kawan tidak bersama kita di waktu susah, kawan cuma bersama kita pada waktu senang... Tapi sahabat bersama kita di waktu senang dan susah... Setuju...?

Tidak kira bagaimana teruk keadaan kita waktu itu, atau bagaimana hebatnya kita waktu itu... Sama ada kita sebagai kehormat.... Atau kita cuma penagih dadah... Sahabat tetap di samping kita... Sahabat juga orang yang sanggup berkorban kepentingan diri untuk sahabatnya... Aku ambil situasi sebagai contoh... Pasti dalam menelusuri perjalanan jauh kehidupan kita ini, ada suatu masa, kita rasa kita di tahap paling bawah sekali... Atau masa itu masa jatuh kita.... rasa diri macam sampah (ishh..) Tak bernilai... Orang tidak pandang... Orang tidak kenang... Masa inilah... Kita pandang orang di sekeliling kita... Siapa yang berada disamping kita....? Masih adakah yang berdiri di samping kita selain keluarga...? Jika ya... Itulah SAHABATmu.... Yang berada di sampingmu ketika susah dan senang.... Kenalpastilah siapa sahabatmu... Hargailah dia... Kerana dia sahabat kurniaan dari Tuhan... Percayalah Tuhan mengirimkan sahabat untuk bersama-sama menelusuri perjalanan jauh hidup kita dan menemani lengkuk cerita hidup. Tuhan tahu, manusia tidak boleh hidup sendirian... Manusia perlu teman. Itu pasti.

Teringat yang aku juga punya sahabat yang amat aku kenang dan hargai nilai dirinya... Sahabat aku ini sentiasa berada di samping aku sejak aku kecil... Mungkin kerana kami punya pertalian darah... Jadi kami seakrab, serapat ini... Dia sahabat aku, dia juga ku rasa kembar aku.... Kerana kami kongsi impi diri yang sama... Lewat solat aku berdoa syukur kepada Tuhan kerana mengurniakan aku seorang sahabat yang tidak ternilai harganya... Sahabat satu ini sahabat istimewa.... Aku tidak akan menemui orang sepertinya kerana dia sangat faham akan diri aku... Masalah sebesar-besarnya aku adu pada dia, keadaan diri aku yang tidak punya semangat aku adukan padanya.... Nyata, Tuhan beri aku sahabat sejati, waktu jatuh aku masih ada sahabat satu ku ini.... Pasti di beri kata semangat dan didoakan aku lewat solatnya... Terima kasih sahabat, Sahabat... Kau memang tiada nilainya.... Itu aku kenang...

'' Tujuh golongan yang mendapat naunganNya di hari yang tiada naungan selain dari naunganNya adalah dua orang (sahabat) yang saling mengasihi kerana Allah. ''



Lagu Hebat Dari ST 12... KebesaranMu...


.



Siapa sangka ST 12 ini mencipta lagu memuji Tuhan... Sungguh aku kagum dengan kumpulan dari Indonesia ni... Jarang amat band-band famous di Malaysia buat lagu-lagu macam ini. Patut perkara baik dari negara jiran kita contohi... Kita buang yang keruh ambil yang jernih...kan..kan... Bagus jika band Malaysia buat lagu seperti ini.. Pasti ramai peminat insaf. Tidak lah asyik lagu memuji perempuan saja.. Ishh.. Sekadar pandangan budak kecil seperti aku...

ST 12 - KebesaranMu

Kau tempatku mengadu hati,
Memberi segala hidup,
Dunia dan seisinya milikMu,
Mencintaimu sejati..

Ku manusia yang penuh dosa,
Berharap ampunanMu,
Lihat di langit kesempurnaan hadirMu,
Kau cinta pertama dalam hidup,

c.o
Allahuakbar Maha Besar,
Memujamu begitu indah,
Selalu kau berikan semua,
KebesaranMu Tuhan..

Syahdu kan?


Hati Aku Sekarang...


.

Huru-hara... Haru-biru... Aku sekarang ini sedang berusaha untuk menjadi manusia yang baik... Baik pada manusia sekeliling... Tapi aku masih tak mampu... Terkadang aku melebihkan diri aku dari orang lain... Dan bila aku tersedar aku amat-amat menyesalinya... Sedangkan benda itu hal kecil dan remeh, orang tak sedar pun.. Tapi aku menyesalinya amat... Sungguh...


Aku sekarang ini dalam fasa berubah... Aku mahu jadi anak baik.. Aku mahu jadi adik baik... Aku mahu jadi teman baik... Aku mahu jadi insan yang baik... Aku mahu menyukakan hati semua orang... Tapi kadang tersalah atur langkah... Aku hilang sabar untuk menjadi insan baik sebab kebaikan itu di ambil kesempatan oleh orang lain... Sungguh semangat aku untuk berubah hilang... Tapi aku cuba kumpulkan semangat dan bermula semula...

Dalam fasa perubahan ini hati sering kali terluka.. Tapi tak mengapa.. Hasrat aku menjadi insan yang baik sentiasa aku pegang erat dan kukuh... Tidak akanku berganjak sedikit pun. Aku ingin jadi manusia baik... Itu hajat aku... Itu hasrat aku... Doakan aku berjaya.

Jangan pening dengan entry aku kali ini... Entry ini dibuat untuk teman jauh aku... Teman... Maafkan aku. aku tidak mahu hati aku terluka tapi aku juga tak mahu hati teman jauhku terluka. Aku sayang kamu. Oleh itu sahabat, aku rela hatiku terluka... Gembiralah kamu wahai sahabatku. Aku sayang kamu.


Percaturan Hidup...


.


Post entry ni sambil dengar lagu Estrella - Ternyata... Apa kaitan? Haha... Tapi memang setiap kali aku nak post entry aku kena buka dulu lagu Estrella ini... Baru idea dan feel nak tulis blog tu datang... Hehe.. Rahsia dah terberitahu... Cerita tak best aku kali ni tentang Percaturan Hidup..Ya...Budak baru umur 19 tahun ni nak berkisah tentang percaturan hidup. Haha.. Pandai ke? Boleh tak budak kecil ni nak berkisah percaturan hidup..? Baca saja la.....


Hidup ni merupakan percaturan... Hidup kita penuh dengan pilihan yang pelbagai... Terpulang pada kita untuk memilih yang mana... Bagi yang betul pilihannya bersyukur lah... Bagi yang salah... Tidak mengapa... Teruskan pilihan tersebut dan redha kerana setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuanNya... Boleh jadi apa yang kita tidak suka itu baik bagi kita dan apa yang kita suka itu tidak baik bagi kita... Kerana Allah lebih mengetahui...

Firman Allah bermaksud : " dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "


Ayat di atas jelas menunjukkan kita perlu redha dengan setiap ketentuanNya... Ayat ini sentiasa aku pegang kuat... Aku nak berkisah tentang hidup aku... Aku ini budak sains tulen di sekolah dulu... Belajar jauh-jauh... Tinggalkan mak ayah aku di kampung... Selalu saja aku sakit rindu pada rumah dan bandar lama itu... Bila habis SPM aku sambung pula pengajian di salah satu matrik yang ada... Cita-cita aku sejak kecil nak jadi doktor... Tak kira lah doktor orang ke, doktor haiwan ke.. Janji doktor... Itu impian aku sejak kecil hingga melangkah dewasa....Abah penyokong kuat aku untuk menjadi doktor... Dia mahu anak bongsunya seorang ini menjadi doktor... Ya.. Abah...Masih terkenang hajatmu tu hingga kini... Akulah satu-satunya anak yang disandarkan harapan kerana aku bersekolah sains dan aku anakmu yang terakhir... Aku hancurkan harapannya... Maafkan anakmu atas hajatmu yang tak tercapai... Aku kini berada dalam kos Muzik... Jangan tanya sebabnya... Walaupun aku kesini bukan sepenuh kehendakku tapi aku rela dan gembira berada di sini... Benar... Itu benar... Aku tak tipu... Aku gembira di sini... Dan redha dengan ketentuanNya... Aku yakin semua ini ada hikmahnya.... Semuanya diatur Tuhan...Mungkin jika aku meneruskan niat aku lain pula jadinya.... Jadi, aku cuma mengikut rentak dan alurnya... Dan menanti kesudahan jalan cerita aku... Aku berdoa.

Cinta Hati Yang Pergi...


.


Kali ini aku nak cerita tentang cinta hati aku... Cinta hati aku yang telah pergi... Aku waktu umur 15 tahun dulu aku punya satu kucing yang amat-amat aku sayang... Tidak pernah aku sayang mana-mana kucing seperti kucing yang satu ini... Cinta aku padanya benar-benar wujud dan apa yang pasti tak pernah padam rasa itu sehingga kini... Ada satu perasaan kuat yang hadir setiap kali aku memegang dan membelai kucing hitam ini.. Walau pun cuma kucing kampung tapi nilai dirinya amatku kenang.... Meski kucing ini bukan kucing Persia atau kucing kacuk, aku tetap memandang tinggi kerana sifatnya yang lain dari yang lain. Aku panggilnya Boyot. Kerana memang badannya memboyot dan gemuk juga suka benar bersandar pada dinding rumah... Kehadiran Boyot juga membawa gembira pada keluargaku. Termasuk mak ayahku yang sebelumnya tidak menyukai kucing. Ini benar. Ayahku juga menyayangi kucing istimewa ini.


Kucing ni meski tidak punya akal seperti manusia, tapi amat faham akan cara untuk hidup bersama manusia. Sewaktu aku menghadapi peperiksaan PMR, Boyot kucing setia di sisi aku, menemani aku menelaah pelajaran... Waktu 2-3 pagi Boyot masih berjaga bersama aku yang penat menelaah pelajaran. Tangannya nakal bermain dengan pensel-pensel aku. Aaah.. Cinta hatiku ini memang banyak akal untuk menghilangkan kantuk aku. Tapi, di saat aku ingin berkongsi kejayaan dengan kucing istimewa ini, ia pergi meninggalkan aku pada satu pagi yang bening. Pergi untuk selamanya... Aku hilang arah, aku juga hilang segala rasa gembira. Rasa kehilangan memegang kuat hati aku tika itu... Ya, aku menangis kerana kehilangannya... Kucing ini kucing istimewa... Aku sedar aku takkan bertemu kucing seperti ini lagi.... Setelah berbulan-bulan baru aku boleh menerimanya ketiadaannya... Dan sehingga kini aku masih lagi mengenangkan kucing istimewa ini... Dan berharap menemui pengganti.


Sakit Rindu Itu Aku....


.

Siapa yang tidak rindu pada tanah asalnya sekarang...? Tidak terasa ingin pulang....Dan menatap wajah-wajah tua di kampung....Jika anda tergolong dalam kelompok itu.... Dabiklah dada anda.... Kerana aku bukan dalam golongan itu.... Aku orangnya yang selalu sakit rindu pada mak ayah setiap masa... Aku anak yang menanggung rindu pada mak ayah... Rindu pada suasana rumah dan isi nya dan rindu pada bayu semilir bandar tua itu... Aku tidak tahu mengapa sakit rindu selalu memegang kejab tangkal hati aku... Hati aku yang gundah pasti menjadi tenang jika aku pulang ke halaman...Membuat aku mengenang selalu untuk pulang jika hati aku di tempat jauh ini mulai gundah..


Minggu lepas, aku pulang untuk cuti hujung minggu di kampung... Waktu itu, rumah di kampung kosong... Ibu dan ayah bercuti di Thailand... Ahli keluarga punya hal masing-masing... Namun, aku pulang juga... kaki melangkah juga menempah tiket pulang... Agar hatiku tidak gundah lagi.... Dari Pulau Pinang ke Perak mengambil masa dalam 4 jam... Sesampai, dalam kekosongan rumah itu, aku keluar memandu menelusuri bandar lama Teluk Intan... Mengubat rindu pada bandar yang satu ini.... Sejauh mana aku pergi... Bandar ini selalu ku ingati... Rindu pada udara lembutnya.... Tunggu kepulanganku...

Aku Saat Ini......


.


....Ini blog aku...Cerita aku...Mari duduk bersama aku merasainya....


-A.L.I.L B.L.O.G-
Sisi lain diri aku...


Post aku yang pertama.

Salam...Hari ini bertarikh 21 Oct. 2010...Aku membuka blog ni...Sebenarnya nak pilih tarikh 20 Oct. 2010 (20102010) tapi hasrat tak kesampaian...Dah buat sebenarnya satu blog pada tarikh itu, tapi di delete....Sebab post yang aku buat tak boleh dibaca...Tak mengapalah, tak ada rezeki....Tapi, dapat juga buat blog kan? hehe...Syukur.

Aaah...Teringat dulu...Masa masih sekolah dulu, ada juga aku buat blog...Tapi sumpah taknak buka dah...Sebab banyak merapu dalam tu...hehe....Buat blog saja suka-suka dan tak ada tujuan....Jadi blog kali ni aku cuba tetapkan hala tujunya...Dalam proses buat blog ni....terfikir juga...nak tulis apa...? Tapi jauh dalam sudut hati kecil aku ini...nak cuba juga bakat penulisan aku yang tahap nyawa-nyawa ikan ni....Sebab aku punya keyakinan...Aku punya sikit bakat menulis...Sikit la....Tak banyak mana pun....Okay la tu kan...hehe...Dalam diam aku....aku mencabar diri ini.

....Ini blog aku.... Cerita aku.... Dalam menelusuri perjalanan jauh aku..... Mari bersama aku dan rasainya...