Archive for April 2011

ceramah yang menarik dan menyentuh hati


.

video


ceramah dari Dr. Asri..
what a wonderful video..
sungguh indah bahasa yang digunakan..
cukup menyentuh hati kita yang mendengarnya..
alangkah bagus jika penceramah2 menggunakan pendekatan sebegini..
pasti hati yang keras menjadi lembut,
selembut air yang mengalir di celah dedaunan...

=)

manusia yang dikasihi ALLAH


.




saya ingin menjadi manusia dikasihi Allah...


Rasulullah S.A.W bersabda,


Maksudnya : " Manusia yang paling dikasihi oleh Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar.


Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan marahnya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari kiamat,


dan sesiapa berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu sehinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya (ketika melalui pada hari kiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu. "


dikurniai sahabat


.

Entry aku kali ini formal sedikit iaitu tentang S.A.H.A.B.A.T. Ini entry serius ni. Jangan senyum.... Hehe... Mari selami entry kali ini dari rasa dan nilai budak kecil umur baru setahun jagung ini.... Tidaklah hebat mana menilai pun... Boleh la sikit-sikit... Berbalik pada tajuk atas.... S.A.H.A.B.A.T. Ya... Sahabat kita... Bukan kawan tetapi sahabat... Bagi aku takrif kawan dan sahabat ini berbeza.... Jauh bezanya.... Kawan tidak bersama kita di waktu susah, kawan cuma bersama kita pada waktu senang... Tapi sahabat bersama kita di waktu senang dan susah... Setuju...?


Tidak kira bagaimana teruk keadaan kita waktu itu, atau bagaimana hebatnya kita waktu itu... Sama ada kita sebagai kehormat.... Atau kita cuma penagih dadah... Sahabat tetap di samping kita... Sahabat juga orang yang sanggup berkorban kepentingan diri untuk sahabatnya... Aku ambil situasi sebagai contoh... Pasti dalam menelusuri perjalanan jauh kehidupan kita ini, ada suatu masa, kita rasa kita di tahap paling bawah sekali... Atau masa itu masa jatuh kita.... rasa diri macam sampah (ishh..) Tak bernilai... Orang tidak pandang... Orang tidak kenang... Masa inilah... Kita pandang orang di sekeliling kita... Siapa yang berada disamping kita....? Masih adakah yang berdiri di samping kita selain keluarga...? Jika ya... Itulah SAHABATmu.... Yang berada di sampingmu ketika susah dan senang.... Kenalpastilah siapa sahabatmu... Hargailah dia... Kerana dia sahabat kurniaan dari Tuhan... Percayalah Tuhan mengirimkan sahabat untuk bersama-sama menelusuri perjalanan jauh hidup kita dan menemani lengkuk cerita hidup. Tuhan tahu, manusia tidak boleh hidup sendirian... Manusia perlu teman. Itu pasti.

Teringat yang aku juga punya sahabat yang amat aku kenang dan hargai nilai dirinya... Sahabat aku ini sentiasa berada di samping aku sejak aku kecil... Mungkin kerana kami punya pertalian darah... Jadi kami seakrab, serapat ini... Dia sahabat aku, dia juga ku rasa kembar aku.... Kerana kami kongsi impi diri yang sama... Lewat solat aku berdoa syukur kepada Tuhan kerana mengurniakan aku seorang sahabat yang tidak ternilai harganya... Sahabat satu ini sahabat istimewa.... Aku tidak akan menemui orang sepertinya kerana dia sangat faham akan diri aku... Masalah sebesar-besarnya aku adu pada dia, keadaan diri aku yang tidak punya semangat aku adukan padanya.... Nyata, Tuhan beri aku sahabat sejati, waktu jatuh aku masih ada sahabat satu ku ini.... Pasti di beri kata semangat dan didoakan aku lewat solatnya... Terima kasih sahabat, Sahabat... Kau memang tiada nilainya.... Itu aku kenang...

'' Tujuh golongan yang mendapat naunganNya di hari yang tiada naungan selain dari naunganNya adalah dua orang (sahabat) yang saling mengasihi kerana Allah. ''


nota kaki : entry dahulu . =)

kucing


.


.: comel sangat :.




sujud


.



sewaktu kita bersujud, kita berada hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati, hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.

Sabda Rasulullah S.A.W :

" Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

" YA ALLAH, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat. kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar..."



.:artikel dari kawan:.
mohon share kerana banyak maanfaatnya.. syukran jazillan..

we will not go down


.


video

Song for GAZA :


WE WILL NOT GO DOWN
.: Michael Heart :.


A blinding flash of white light,
Lit up the sky over Gaza tonight,
People running for cover,
Not knowing whether they're dead or alive..

They came with their tanks and their planes,
With ravenging fiery flames,
And nothing remains,
Just a voice rising up in the smoky haze..

We will not go down,
In the night, without a fight,
You can burn up our mosque and our homes and our schools,
But our spirit will never die,
We will not go down,
In Gaza tonight..

Women and children alike,
Murdered and massacred night after night,
While the so-called leaders of countries afar,
Debated on who's wrong or right..

But their powerless words were in vain,
And the bombs fell down like acid rain,
But through the tears and the blood and the pain,
You can still hear that voice through the smoky haze,

We will not go down,
In the night, without a fight,
You can burn up our mosque and our homes and our schools,
But our spirit will never die,
We will not go down,
In Gaza tonight..


.:Song for Gaza:.

lagu ni bukannya untuk kita dengar sedap atau tidak..

T.A.P.I

bagi saya..

untuk kita hayati liriknya...
untuk kita selami keperitannya...
untuk kita rasai kesakitannya...
untuk kita fahami kesengsaraan yang dialami saudara-saudara seislam kita di sana...

J.U.G.A

untuk kita mensyukuri nikmatNya...
betapa kita ini berada di negara yang aman damai..
tanpa peperangan...
dan diberi kesihatan yang sempurna...


melihat video ini,
membuatkan saya termenung,
dan menyedari betapa kerdilnya diri ini,
melihat anak-anak kecil yang berjiwa kental,
melawan zionis tanpa rasa....takut akan mati,
betapa kita di negara aman malaysia ini,
mempunyai penyakit wahan..
mencintai dunia.. dan takut akan mati..
MasyaAllah..


doakan lah keselamatan saudara-saudara kita di sana..

YA ALLAH.. selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin..
lindungi mereka daripada kekejaman Zionis..
Amin Ya Rabb.... T_T


Apa sumbangan kita untuk mereka?
Fikir sejenak.....

nak balik lah


.


assalamualaikum..

memang sungguh tak boleh dipercayai bila saya sekarang dah jarang balik kampung.. haha.. percaya tak? percaya tak? percaya laa.. tak luak punnn kalau percaya punnn.. (tiru gaya johan rajalawak.. oh rajalawak sangat mempengaruhi kehidupan seharian saya.. -.-')

oke, balik pada tajuk asal.. yaa setelah lama tak balik kampung.. terasa nak balik la pulak kan.. cadang nak balik minggu ni, tapi kakak saya yang di rumah tu tak bagi balik.. kata nya balik hari pekerja nanti.. sadis betull.. inilah nasib jadi anak bongsu..sob..sob.. fikir-fikirla kakda oii, hari pekerja tu awal bulan lima.. lama lagi tu.. aduh, sabar je la~~

memang kalau compare awal-awal datang penang ni dulu, 2 minggu sekali je balik kampung.. bila genap 2 minggu je balik kampung.. sanggup redah ambil bas rapid sorang2, naik feri sorang2 and naik bas.. erkk.. kompem la sorang2.. hati jadi kering je bila masuk bab balik2 kampung ni.. and kalau tak balik kampung pun mesti keluar pergi queensbay ke, gurney ke.. tapi la ni, bila hujung minggu je duduk bilik.. tak kemana-mana pun..

dah insaf nampaknya.. alhamdulillah.. dari membazir duit berjalan sana sini..
tapi, bulan lima ni mesti balik.. berlumut dah duduk sini.. hehe.. =)

skies are blue


.


skies are blue, but this time, awan mendung.. =)


after maghrib tadi dapat call dari my twin, lin..


lin : haluu, oi.. tengah wat ape tu?

lila : tengah wat keje..

lin : ooo.. sori ganggu, aku kat jambatan pulau pinang ni.. nak pegi queensbay.. ko nak ikut tak? cepat wat keputusan.. kitorang nak amek ko ni..

lila : dengan sapa?

lin : ngan akak-akak aku, zafran (her niece) dan abang ipar aku..

lila : (after long silence) tak kot, ade banyak keje la..

lin : oke takpe.. t bulan 5 kita jumpe ye..

-off-

2 minutes later.. (monolog)

wait..! kenapa aku cakap tak..?? aku nak pergi jalan2 queensbay dengan my twin.. dah lama tak jumpe die..! OH GOD..!! what am i thinking.. then, i text my twin back..

lila : ko katne?

lin : da nak sampai queensbay..

lila : ohh.. sori.. agak2 boleh tak amek aku..? tadi aku tak dapat berfikir dengan btul la..

lin : upsss.. sori gak.. akak-akak aku taknak patah balik..

lila : okay then.. have fun pegi queensbay... (sigh..!)

-off-

lepas tu, nak hilang kan rasa kecewa yang membuak tu, saya p bancuh oligo coco and cecah roti.. minum tepi katil..

so, moral of the story.. saya mengaku yang..saya memang tak boleh buat keputusan dengan baik jika berada dalam situasi tergesa-gesa and nak cepat macam tadi.. sikit menggelabah di situ.. nampak..laju je saya say no.. forgive me twin... nanti bulan 5 nanti kite jumpe..
i promise!!






cerita p1 wimax yang best part 2


.



assalamualaikum..

kali ni nak sambung cerita fasal p1 wimax yang saya dan rakan-rakan beli tak lama dulu.. walaupun cerita ni tak best sangat, tapi saya nak cerita jugakk.. hehehe.. ini blog saya kan..? hehe

and yes, setelah p1 wimax yang kitorang beli ni gagal mendetect line 4g di area kami, saya dan rakan-rakan bercadang nak terminate wimax tersayang lah sangat ni.. sambil di hati turut menyumpah sama sebab untuk terminate kena bayar RM 200 sebagai penalti.. plus bayar bil untuk bulan tu RM 172.. cer anda-anda semua tambah semua tu jadi berapa..? RM 372..! Nampak tak betapa besarnya nilai tu..? nampak tak..? omg..!! sebagai student, memang kami terasa saket la untuk membayar bil wimax ni.. elaun pun tak banyak mana..

okey fine, kami kongsi duit untuk wimax ni kan, ada 4 orang yang kongsi.. jadi sorang bayar dalam RM 93 saje.. but yeah, still a big amount to pay.. but fortunately, in a same time.. when time goes by.. (eceh, kenape speaking plak ni?) wimax ni makin laju dan laju.. yeahh, setelah beberapa minggu kami bersabar dan lastly berkira-kira nak terminate, wimax ni menunjukkan potensi dirinya yang sebenar yer.. syukur alhamdulillah, sekarang wimax ni dah laju dan tak ada lagi tiada line macam dulu.. jadi rancangan untuk terminate wimax, CANCEL..! dan selamat duit nak terminate tu, boleh buat beli makanan kat kafe, lagi syiok kann.. perut pun confirm bergendang kesukaan.. ehehe..


sekarang dah boleh tengok youtube, ym, fb dengan gembiranya..
tenkiu wimax..

hari ini dan semalam


.


saket tekak. hidung 24 jam berair. (tido tak termasuk), tangan saya 24/7 pegang tisu.. ini sungguh tak menyelesakan saya dan orang lain jugak rasanya.. haha.. and yup.. my condition now unpredictable.. kadang-kadang satu hari tu, saya sihat walafiat, tak selesema, tak apa (jarang berlaku sebenarnya..haha) dan selalu nya.. saya bangun pagi je dengan selesema yang sukar untuk dihapuskan.. (macam iklan ubat nyamuk lah pulakk)..

walaupun saya tau saya ada batuk, saket tekak dan sebagainya, tapi tadi masa pergi tesco, saya ajak kawan-kawan saya makan aiskrim sundae cone perisa vanilla.. oh nikmatnya dunia makan aiskrim di waktu tengahari.. memang setiap kali pergi tesco, saya akan singgah booth mcD untuk beli aiskrim.. dan pastinya batuk dan selesema saya juga semakin berrrrrtambah teruk.. ish.. macam mana ye nak kikis tabiat suka makan makanan sejuk-sejuk ni.. susah betul.. lebih-lebih lagi pergi kafe jauh-jauh tu, order air suam.. apa kes..? mana adventure nya..? tapi, untuk menjaga diri supaya menjadi sihat semula, saya akan usahakan juga menjauhi ais.. bermula esok.. yeah!

pray for me! and dont forget pray for japan too.. huhu.. ada kena-mengena ka..

lemas


.


hidup ini melemaskan..
lemas bagi siapa yang tidak tahu..
sebab..
terciptanya kehidupan..

saya juga kadang-kadang lemas..
kerana..
saya juga..
masih dalam perjalanan..
mencari erti kehidupan..
kamu juga begitu....kah?

Tuhan..
bantulah hambaMu..
mencari erti sebenar kehidupan..
lindungilah daku..
dari segala tipu daya serta muslihat penentangMu..

Amin Ya Rabb..

moon river


.


moon river wider than a mile..
i'm crossing you in style someday..
you dream maker, you heartbreaker..
wherever your going i'm going your way..


two drifters off to see the world..
there's such a lot of world to see..
we're after the same rainbow's end..
waiting round the bend..
my huckleberry friend..
moon river and me..


oh dream maker, you heartbreaker..
wherever your going i'm going your way..

-andy williams-

pulang


.



camar ingin pulang,
ya,
camar ingin pulang,
ke sarang,
jangan halanginya,
kerana
camar sudah nekad untuk pulang,
fahamilah,

cuma semudah itu.


dia sebaik-baik pelindung


.


"..cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar."
Surah Ali - Imran : 173 - 174


Allah sebaik-baik pelindung...
cukuplah Allah sebagai penolong kita sekalian hambaNya..


surah ini jelas menerangkan kepada kita...
bahawa cukuplah Allah sebagai tempat kita mengadu...
tempat terbaik untuk kita meminta tolong dan
meminta jalan petunjuk daripadaNya...


ya, baru saya sedar...
bahawa selama ini saya..

A.L.P.A
L.A.L.A.I
L.E.K.A


jika saya..
dilanda badai masalah,
saya pantas mengadukan kepada sahabat saya...
dengan harapan hati saya tenang...
hati saya lega...
nyata saya silap...
kerana mengadu masalah saya..
kepada hamba ciptaanNya juga...

betapa jelas surah ini membicarakan..
yang Allah itu sebaik-baik pelindung dan penolong..
oleh itu,
minta tolonglah kepadaNya,
berlindunglah kepadaNya...


Ya Allah bantulah hambaMu yang terhimpit dan tertewas ini..