Huru-hara... Haru-biru... Aku sekarang ini sedang berusaha untuk menjadi manusia yang baik... Baik pada manusia sekeliling... Tapi aku masih tak mampu... Terkadang aku melebihkan diri aku dari orang lain... Dan bila aku tersedar aku amat-amat menyesalinya... Sedangkan benda itu hal kecil dan remeh, orang tak sedar pun.. Tapi aku menyesalinya amat... Sungguh...
Aku sekarang ini dalam fasa berubah... Aku mahu jadi anak baik.. Aku mahu jadi adik baik... Aku mahu jadi teman baik... Aku mahu jadi insan yang baik... Aku mahu menyukakan hati semua orang... Tapi kadang tersalah atur langkah... Aku hilang sabar untuk menjadi insan baik sebab kebaikan itu di ambil kesempatan oleh orang lain... Sungguh semangat aku untuk berubah hilang... Tapi aku cuba kumpulkan semangat dan bermula semula...
Dalam fasa perubahan ini hati sering kali terluka.. Tapi tak mengapa.. Hasrat aku menjadi insan yang baik sentiasa aku pegang erat dan kukuh... Tidak akanku berganjak sedikit pun. Aku ingin jadi manusia baik... Itu hajat aku... Itu hasrat aku... Doakan aku berjaya.
Jangan pening dengan entry aku kali ini... Entry ini dibuat untuk teman jauh aku... Teman... Maafkan aku. aku tidak mahu hati aku terluka tapi aku juga tak mahu hati teman jauhku terluka. Aku sayang kamu. Oleh itu sahabat, aku rela hatiku terluka... Gembiralah kamu wahai sahabatku. Aku sayang kamu.
sejauh mana sahabat kamu tu?? bersabarlah yer., hidup tak sperti yg dijangka., dan tidak akan sempurna sperti yang kita mahukan ., segalanya telah teratur dgn baik., laluinya dgn pnuh pancaroba., itulah kehidupan., hanya pada-Nya kita berserah dan berusaha.. (^-^)