dikurniai sahabat


.

Entry aku kali ini formal sedikit iaitu tentang S.A.H.A.B.A.T. Ini entry serius ni. Jangan senyum.... Hehe... Mari selami entry kali ini dari rasa dan nilai budak kecil umur baru setahun jagung ini.... Tidaklah hebat mana menilai pun... Boleh la sikit-sikit... Berbalik pada tajuk atas.... S.A.H.A.B.A.T. Ya... Sahabat kita... Bukan kawan tetapi sahabat... Bagi aku takrif kawan dan sahabat ini berbeza.... Jauh bezanya.... Kawan tidak bersama kita di waktu susah, kawan cuma bersama kita pada waktu senang... Tapi sahabat bersama kita di waktu senang dan susah... Setuju...?


Tidak kira bagaimana teruk keadaan kita waktu itu, atau bagaimana hebatnya kita waktu itu... Sama ada kita sebagai kehormat.... Atau kita cuma penagih dadah... Sahabat tetap di samping kita... Sahabat juga orang yang sanggup berkorban kepentingan diri untuk sahabatnya... Aku ambil situasi sebagai contoh... Pasti dalam menelusuri perjalanan jauh kehidupan kita ini, ada suatu masa, kita rasa kita di tahap paling bawah sekali... Atau masa itu masa jatuh kita.... rasa diri macam sampah (ishh..) Tak bernilai... Orang tidak pandang... Orang tidak kenang... Masa inilah... Kita pandang orang di sekeliling kita... Siapa yang berada disamping kita....? Masih adakah yang berdiri di samping kita selain keluarga...? Jika ya... Itulah SAHABATmu.... Yang berada di sampingmu ketika susah dan senang.... Kenalpastilah siapa sahabatmu... Hargailah dia... Kerana dia sahabat kurniaan dari Tuhan... Percayalah Tuhan mengirimkan sahabat untuk bersama-sama menelusuri perjalanan jauh hidup kita dan menemani lengkuk cerita hidup. Tuhan tahu, manusia tidak boleh hidup sendirian... Manusia perlu teman. Itu pasti.

Teringat yang aku juga punya sahabat yang amat aku kenang dan hargai nilai dirinya... Sahabat aku ini sentiasa berada di samping aku sejak aku kecil... Mungkin kerana kami punya pertalian darah... Jadi kami seakrab, serapat ini... Dia sahabat aku, dia juga ku rasa kembar aku.... Kerana kami kongsi impi diri yang sama... Lewat solat aku berdoa syukur kepada Tuhan kerana mengurniakan aku seorang sahabat yang tidak ternilai harganya... Sahabat satu ini sahabat istimewa.... Aku tidak akan menemui orang sepertinya kerana dia sangat faham akan diri aku... Masalah sebesar-besarnya aku adu pada dia, keadaan diri aku yang tidak punya semangat aku adukan padanya.... Nyata, Tuhan beri aku sahabat sejati, waktu jatuh aku masih ada sahabat satu ku ini.... Pasti di beri kata semangat dan didoakan aku lewat solatnya... Terima kasih sahabat, Sahabat... Kau memang tiada nilainya.... Itu aku kenang...

'' Tujuh golongan yang mendapat naunganNya di hari yang tiada naungan selain dari naunganNya adalah dua orang (sahabat) yang saling mengasihi kerana Allah. ''


nota kaki : entry dahulu . =)

5 Responses to “dikurniai sahabat”

  1. oranglidi says:

    hm, btul tu.. sahabat ni kalo susah senang pun ada. payah gak takda sahabat.

    ke mana sahabat dari kecil tu?

  2. haha.. dats rite.. sahabat sejati nie susa nak cari, lau awk da jumpa, hargailah dia..

    ada aje sahabat sy tu..masih brsama2 menongkah arus khidupan.. =)

  3. setuju2., sahabat amat bermakna dlm hidup., buruk baik shbat itu pasti kita boleh menerimannya krana erti shbat sntiasa bersama, walau jauh dimata tp dekat dihati.. syukur alhamdulillah..=D

  4. huhu... yup2.. sahabat itu anugerah Tuhan tak ternilai.. ukhwah fillah abadan abada.. :)

  5. huhu... yup2.. sahabat itu anugerah Tuhan tak ternilai.. ukhwah fillah abadan abada.. :)