Archive for 2012

Hati


.


Sakit. Tapi tetap akanku teruskan jua.

DUGAAN


.

Bila tuhan rasa hambanya jauh...
tersasar dari jalan yang terang...
DIA beri dugaan...

Sama ada berkaitan dengan orang tersayang, kerja,pelajaran
mungkin ada yang menuturkan
Tuhan itu kejam...
kenapa aku yang terpilih untuk hilang orang yang tersayang
kenapa kau ambik kawan sepermainan ku...
 tapi ...
pernahkan terfikir kenapa kita jadi pilihan NYA??
pernah terfikir selama bernafas...
berapa kali sujud padaNYA?
berapa kali ingat padaNYA bila melakukan yang bercanggahan??

Dia uji kita sebab sayang akan kita...
mahu beri yang terbaik...
mahu jadi yang terbaik...

aku pernah terfikir begitu...
bila hilang teman baik dalam tempoh yang hampir dekat..
aku bagai hilang pedoman...

aku hilang teman tengok bola, teman pergi jalan raya...teman ngeteh kedai mamak...
teman yang akan menjerit ditepi telinga bila aku masih berdota ketika waktu makin suntuk...

bila aku makin kuat...

aku diuji lagi...


INDAH


.

Indah itu subjektif..
Indah itu cantik...
Indah itu bersih....
Indah itu perkataan...

mungkin bila usia mengejar kita...
tafsiran tentang kata makin berbeda...

mungkin pada 2000..
indah bagi aku...
gadis yang memakai baggy dan sleveless itu indah..
indah pada cara dia mentafsir jiwa dalam pakaiannya..

mungkin pada 2005...
indah bagi ku...
gadis yang melompat di gigs adalah indah...
indah dalam cara mendefinisi kebebasan..
bebas dari kongkongan bos besar dan mem besar..
18 tahun umur yang melepasi undang-undang untuk menimbangkan keputusan...

mungkin pada 2010...
indah bagi ku....
gadis yang bersolek tebal...
bergaya didepan lensa...
itu indah..
indah dalam memperagakan tubuh dan bakat...

tapi pada 2012...
definisi indah makin berbeda...

indah bagiku....
cara bertutur yang indah...
cara menjaga diri dan maruah dalam kebobrokan arus sosial...
cara melabuhkan tudung dan pakaian,,,
cara menjaga adab sesama islam...

meski begitu...
perubahan perlukan masa....
perlukan cahaya dalam meniti kegelapan...

aku memang umat Muhammad S.A.W....
tapi aku juga insan biasa yang lalai dan alpa...
mungkin sekarang tiba masa untuk aku berubah

bukan berubah untuk orang...
tapi berubah untuk yang Satu...

5 tahun lagi mungkin aku seorang isteri..
6 tahun lagi mungkin aku seorang ibu...
jadi untuk menjadi pendidik kepada generasiku..
aku mesti menjadi muslimah...muslimah sejati...

INSYAALLAH

program santai anak muda


.

wajah murabbi kesayangan ambe..


19hb Mei 2012

Santai Anak Muda
bersama Ustaz Azhar Idrus
beserta Sham Kamikaze, Ali XPDC

Padang Kota, Pulau Pinang.
Lepas Maghrib

         Program kali ini dibawah anjuran majlis negeri pulau pinang, ini kali ketiga tak silap sy, murabbi kesayangan sy datang pulau pinang. kali pertama ustaz Azhar datang beri ceramah di masjid negeri pulau pinang tahun lepas 20 november 2011, sy tak dapat hadir sebab masa tu cuti akhir semester, sy di teluk intan. kemudian 17 mac 2012 juga di masjid negeri pulau pinang. yeaa kali ni sy dapat juge datang buat pertama kalinya mendengar ceramah murabbi kesayangan sy di masjid negeri. wah penuh sungguh masjid negeri masa tu, penuh dengan muda-mudi, orang tua, makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik.

         memang fenomena ustaz Azhar sy rase kan. anak muda nya memakai jubah putih dan serban. yang wanita memakai jubah hitam dan purdah. wah rasa sejuk hati masa tu, suasana di Mekah sangat dirasai dengan pemandangan sebegitu. rindu. rindu suasana islam sebegitu. jauh di sudut hati sy menginginkan suasana sebegitu di tanah tumpah darah sy. alangkah indahnya jika di malaysia begitu. indah hidup mengikut syariat. pertama kali melihat murabbi live, begitu kecil murabbi ketika itu sebab lihat dari tingkat atas masjid negeri. sejuk hati.  

          kali ini ust. Azhar datang lagi buat kali ketiga tak silap sy. sabtu ini, di padang kota. laju je sy sampaikan mesej pada rakan2 sy di usm. bertanya ingin menyertai ke tidak program ini. beruntung dapat rakan yg sejiwa, sy berharap semuanya dapat membebaskan diri dari sebarang aktiviti pada sabtu ini. insyaAllah. ketemu di sana.. 

#tak sabar bertemu dengan ust. Azhar Idrus lagi, meskipun dari jauh tapi dah cukup mengubat rindu melihat wajah murabbi kesayangan ni. 

hormati lah ulama', dekati ulama'. cintai ulama'. seribu kali lebih baik dari kita hormat artis. kan? kan? 

untukmu sahabat


.

kepada si dia.

saya sangat merinduinya. bila kita nak bertemu. 

uhibbuki fillah ukhti..uhibbuki fillah.. 

persahabatan sampai syurga.. 

:')




broadband maxis unlimited plan


.



Semalam sy merayap dari wall ke wall dalam fb. tiba-tiba ternampak iklan pasal broadband maxis unlimited plan. korang ada pernah dengar? sy tak pernah, sebab biasa broadband mesti ada kuota dia bagi contoh macam 2GB ke 5GB sebulan ke, tapi ni unlimited! kira bandwith 1000GB pon boleh, kalau gitu nak download games, tengok youtube setiap masa memang takde masalah lah sebab unlimited! jadi sy terus la contact penjual tu, tanya macam-macam. dia kata bayaran permulaan rm120 untuk starter pack, pendaftaran dsb. lepas tu, bulan2 seterusnya bayar rm40 dekat maxis center pon boleh. erm, tawaran hebat ni.

lagi pun broadband yang sy guna sekarang ni bandwith nya asyik habis je (mana taknya tuannya suka bukak cite super spontan dekat youtube :P) kadang-kadang topup untuk 2 hari. agak2 sehari tu dah nak habeh dah. lepas tu mula la guna cmd nak bagi speed dia stable. aa guna cmd ni memang speed broadband boleh laju balik tapi dia selalu buat laptop hang la. maybe sebab laptop sy berat. tu yang tak best tu. kadang-kadang restart pun dia akan hang balik. jadi kena biar lama baru bukak cmd and guna broadband balik. memang tak best la plan broadband ni sebab ada kuota. erm siapa nak tau lajukan speed broadband yg dah habis kuota guna cmd boleh la tanye sy ye, nanti sy ajar kan mcm mane.

Abg yang jual broadband maxis unlimited ni bitaw broadband unlimited ni tak banyak dijual sebab taknak jadi macam broadband celcom unlimited yang release beribu-ribu kemudian ada problem lepas tu. dia kata, sebulan keluar dalam 10 unit. mula-mula fikir jugak betul ke ni? legal ke? dia kata legal. sy tanya kenapa maxis keluar sikit sangat untuk jual. dia kata taknak jadi macam broadband celcom unlimited yang dah tarik balik pnjualan nya. erm, kalau dapat tu sangat lah bertuah...

tapi macam abang sy pun pakai broadband maxis unlimited plus tak payah bayar, free. dah la unlimited free plak tu, ha mana nak cari tu? haha. adoi abg sy dapat pun dari maxis sebab abang sy dealer maxis. sy mintak2 juga broadband tu kat dia tapi dia tak bagi. dia nak pakai kat kedai dia. k fine. takpe kita try beli broadband maxis unlimited ni tengok macam mana?


teman yang terluka


.




Wahai teman..

Aku melihat engkau terluka
Daku ternampak dikau bersedih
Kutahu batinmu pedih
Hatimu terhiris
Jiwamu terguris

Senyumanmu pahit,
dan engkau bilang sedikit sahaja?
"Oh lukaku tidak apa-apa"
Berguraukah engkau, atau berdusta?
Kutahu ia amat dalam sekali
Cedera batinmu amat berat
Parah dan teruk sekali, bukan?

Ambillah waktumu
Silakan menangis
Sila genangkan air matamu
Hangatkan kembali kelopak matamu,
yang sudah sekian lama tandus itu

Air mata itu teman
Air mata itu perisai
Air mata itu ubat
Air mata itu anugerah Tuhan
Buat insan yang terluka,
dan derita batinnya
Yang penting temanku
Air mata itu juga penebus dosa
Ia menebus segala kebodohanmu di masa lalu

Apa ada dengan pedih?
Pedih itu ubat yang membersih

Apa ada dalam hati yang kecewa?
Kecewa itu isinya, banyak pelajaran yang berguna

Temanku,
Tidakkah engkau ingat?
Selepas guruh dan guntur menyabung dahsyat
Petir dan kilat melintang hebat
Hujan dan ribut yang membadai
Setelah itu semua
Bumi kita yang tandus ini kembali subur
Cuaca kembali damai
Dan yang paling indah itu
Tuhan menghadiahkan kita pelangi

Tidakkah engkau lihat
Pelangi itu amat indah?
Pelangi itu ditemani cenderawasih
Seakan-akan ia utusan dari syurga
Pelangi itu menjadikan alam kita kembali meriah

Wahai temanku
Wahai kekasihku yang bersedih
Mari kuhulurkan tanganku buatmu
Agar engkau mampu bangkit kembali
Kami bersama-sama akan memapahmu
Kita sama-sama bergerak menuju Tuhan

Aku hanya mahu engkau tahu
Bahawa esok pagi,
matahari akan memberikan senyumannya kepadamu
dan sang rembulan akan menyambut malammu esok



semangat yang runtuh


.


Apa khabar semangat? Masih adakah? Atau masih timbul tenggelam? Pertanyaanku semalam dan juga jawapanku semalam : Tidak ada.. Seakan mahu rebah.. Mana tangan-tangan yang mahu menarikku ke atas..? Tidak ada.. Terkapai lagi sendirian.. Aku mencari diri.. Mencari erti.. Seharian suntuk aku tidak bermotivasi.. Memintal sisa-sisa kekuatan diri.. Ahh pening kepala berfikir itu dan ini.. Lantas kepala diletakkan di atas bantal, tidur sebagai ubat penenang.. Rasanya tidak mahu bangun lagi.. Ahh ayat ketika orang bermasalah, begitulah.. Tidur, tenang seketika dari masalah.. Tidur sehingga 4-5 jam, untuk menenangkan hati, hakikatnya cuma seketika..

Bangun.. Lihat sekeliling, oh sendirian.. Roomate pergi sambut harijadinya, mungkin.. Keluar tanpa memberitahu, jadi biarlah.. Setelah itu berfikir lagi, dugaan yang melanda.. Penatnya berfikir.. Penatnya.. Memandang kosong siling.. Untuk sedetik, dua detik, tiga detik.. Setengah jam.. Mencari ubat hati.. Terfikir.. 'Nak keluar jumpa kawan-kawan la, pasti dapat hilangkan masalah' Ambil hp, nak taip mesej.. Wait! dalam keadaan macam ni, agak-agaknya kawan tengok pun taktau nak gelak ke nak sedih tengok aku.. Takpelah, nanti mereka rasa susah hati pulak.. Hp letak semula..


Terpandang meja.


Buku-buku yang dibeli dengan vocher tak bersentuh lagi.. Ada 4 buku semuanya.. Lantasku capai satu buku yangku beli semalam, tajuknya "Jagalah Allah.. Allah menjagamu'' tulisan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.. Ku selak mukasurat yang pertama.. Cinta Yang Agung... Faktor-faktor meraih cinta Allah S.W.T.. Isinya, Dengan Al-Quran Al-Karim..

Ku petik sedikit,

Di antara faktor yang paling dekat manfa'atnya dan disukai oleh Allah adalah faktor Al-Qur'an Al-Karim kerana Al-Qur'an adalah kitab yang sangat agung yang diwasiatkan oleh Rasulullah kepada umatnya.

Maka umat ini tidak akan pernah berjaya dan beruntung, kecuali dengan membaca, merenung dan mengamalkan isi kandungan Al-Qur'an. Dan tatkala kamu melihat umat ini mulai berpaling daripada Al-Qur'an dan mengambil pengganti selainnya, maka Allah akan menjerumuskan mereka menuju jurang perselisihan dan perpecahan yang berpanjangan.

Imam At-Tirmidzi dan Imam Ahmad meriwayatkan hadith marfu' daripada Umamah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Tidaklah suatu kaum itu sesat (berpaling) setelah mereka mendapat hidayah (Al-Qur'an) yang diberikan kepada mereka, melainkan mereka akan dijerumuskan menuju jurang perselisihan dan perpecahan. (Ahmad, no.21660; At-Tirmidzi, no. 3253 dan Ibnu Majah, no.48. Lihat kitab Al-Misykat, no.180 dan hadith ini diriwayatkan juga oleh Al-Hakim, no. 3721).

Petikan lain.

Daripada Abdullah b. Abbas r.a berkata, Rasulullah bersabda,

Sesungguhnya orang yang tidak sama sekali Al-Qur'an di dalam dirinya, bagaikan rumah yang hancur lebur. (Ahmad, no. 1948; At-Tirmidzi, no.2913; Ad-Darimi, no. 3306 dan Al-Hakim, no. 2704. Lihat Al-Misykat, no. 2135 dan Dha'if At-Tirmidzi, no. 557)

Dan rumah yang hancur lebur itu biasanya dihuni anai-anai, ular dan kala jengking.

Hati yang sama sekali tidak dihuni dan tidak sedikitpun Al-Qur'an, isi nya penuh dengan kemunafikan dan gangguan, rayuan dan khayalan, kebingungan dan kesedihan, penuh dengan kerinduan dan cinta yang terpendam dan nyanyian-nyanyian glamour lagi gila serta pandangan yang tidak dapat dikawal dan bergelumang dengan dosa.


Hati terdetik.

Sudah berapa lama aku tidak menyentuh mushaf agung tu? Sudah berapa lama mulut ini tidak meluncurkan bait-bait suci Al-Quran?? Terpana. Ya Allah, hambaMu ini banyak dosa.. Sering lalai dalam mengingatimu... Ampuni aku.