life is like a roller coaster


.


life is like a roller coaster..

sometimes we are on the top..
sometimes we are on the bottom..
that is L.I.F.E


.:hidup sebagai manusia:.

kadang-kadang..
kita berhadapan dengan masalah yang menggila.
masalah datang bertimpa-timpa.
kita ditakdirkan merasa kalah.
perbuatan kita ditakdirkan terlihat salah.

langkah kaki tersungkur..
semangat hilang entah ke mana..

D.A.N
kita mulai meraba mencari cahaya...
untuk bangkit semula...

dan ketika itu..

I.N.G.A.T.L.A.H

Allah itu ada..
bersyukurlah kerana masalah itu sebenarnya anugerah..
kita tertanya-tanya,
untuk apa masalah itu?


masalah itu hadir untuk menguji tahap kesabaran kita..
menguji tahap keyakinan kita padaNya..
adakah kita masih bersujud dan ingat kepadaNya apabila dilanda badai masalah..?


masalah juga hadir sebagai peringatan kepada kita,
yang mungkin telah mula lalai mengingatiNya,
kerana terlalu asyik dengan hal-hal dunia..


lihat betapa besarnya kasih sayang Allah kepada hamba2 Nya,
yang sentiasa memberi peringatan apabila hamba2 Nya
lalai mengingatinya..
bersyukurlah kepada sesiapa yang diberi peringatan..
daripada asyik diulit kesenangan duniawi tanpa sedar yang kita telah jauh dari pandanganNya..


Allah menyebut : " Aku berada di atas sangkaan hamba-hamba Ku, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu. "
(Riwayat Muslim)


terkadang, masalah juga hadir atas sebab dosa-dosa kita yang lampau..
ya, manusia tidak lari daripada melakukan dosa..
kerana kita tidak maksum seperti Nabi junjungan..
kerana kita juga bukan malaikat..
yang tidak pernah melakukan dosa..
jadi, bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka..


Allah S.W.T berfirman : Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah Az-Zumar : 53)


Ya Allah rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan. Amin ya Rabbal alamin.