Archive for March 2011

simple life


.


'' Jangan pernah membebani fikiran dengan hal yang buruk.. apalagi hal-hal yang buruk itu belum tentu terjadi.. "
- anonymous -


sebagai manusia..
kita sering memikirkan hal-hal yang buruk..
yang mungkin berlaku kepada kita di kemudian hari..

sedangkan,
langkah kaki belum mula diatur..
tangan belum mula dihayun..

kita takut akan apa rencanaNya kepada kita di kemudian hari..
kita khuatir..
kita gementar..
apa yang akan terjadi?

benar?

a simple life...
having a simple life is ones dreams..
we no need a complicated life..

but how?

rahsia utamanya ialah,
berfikiran positif..
InsyaAllah hidup ini menjadi indah jika kita berfikiran positif.
itu pasti.

fitrahnya,
sebagai manusia,
masalah ada di mana-mana,
kerana kita manusia,
bukan haiwan yang tidak mempunyai akal,
itulah tujuannya akal diberi,
untuk kita menyelesaikan masalah dengan sebaik-baiknya..
jadi,
dengan berfikiran positif,
InsyaAllah semuanya selesai..


All praises to Allah..

pelangi dalam hidup?


.



manusia itu tidak selalu mendapat pelangi dalam hidup.
terkadang kilat dan hujan datang mengiringi.
hati rawan.
mengapa diri ini yang terpilih?
mengapa diri ini yang perlu menanggung?
jangan berfikir begitu,
kerana,
yang pasti,
Tuhan itu tidak mengantungkan ujian pada dahan yang rapuh,
oleh itu,
bersyukurlah dengan ujian-ujian yang mendatang kepada dirimu..


Tuhan, bantulah hambaMu yang sering terlalai dan tewas...

sabar itu perlu setiap masa


.

i love to read articles in iluvislam.com.. so ini antara articles that i like the most..ehehe..

entri penuh : here
.:credit to the original writer:.

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu.Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.


life is like a roller coaster


.


life is like a roller coaster..

sometimes we are on the top..
sometimes we are on the bottom..
that is L.I.F.E


.:hidup sebagai manusia:.

kadang-kadang..
kita berhadapan dengan masalah yang menggila.
masalah datang bertimpa-timpa.
kita ditakdirkan merasa kalah.
perbuatan kita ditakdirkan terlihat salah.

langkah kaki tersungkur..
semangat hilang entah ke mana..

D.A.N
kita mulai meraba mencari cahaya...
untuk bangkit semula...

dan ketika itu..

I.N.G.A.T.L.A.H

Allah itu ada..
bersyukurlah kerana masalah itu sebenarnya anugerah..
kita tertanya-tanya,
untuk apa masalah itu?


masalah itu hadir untuk menguji tahap kesabaran kita..
menguji tahap keyakinan kita padaNya..
adakah kita masih bersujud dan ingat kepadaNya apabila dilanda badai masalah..?


masalah juga hadir sebagai peringatan kepada kita,
yang mungkin telah mula lalai mengingatiNya,
kerana terlalu asyik dengan hal-hal dunia..


lihat betapa besarnya kasih sayang Allah kepada hamba2 Nya,
yang sentiasa memberi peringatan apabila hamba2 Nya
lalai mengingatinya..
bersyukurlah kepada sesiapa yang diberi peringatan..
daripada asyik diulit kesenangan duniawi tanpa sedar yang kita telah jauh dari pandanganNya..


Allah menyebut : " Aku berada di atas sangkaan hamba-hamba Ku, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu. "
(Riwayat Muslim)


terkadang, masalah juga hadir atas sebab dosa-dosa kita yang lampau..
ya, manusia tidak lari daripada melakukan dosa..
kerana kita tidak maksum seperti Nabi junjungan..
kerana kita juga bukan malaikat..
yang tidak pernah melakukan dosa..
jadi, bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka..


Allah S.W.T berfirman : Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah Az-Zumar : 53)


Ya Allah rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan. Amin ya Rabbal alamin.

ketenangan jiwa


.



'' Ya Allah cantikkanlah akhlak ku sepertimana cantiknya akhlak Rasulullah, tenangkan lah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah-wajah orang yang beriman.. ''


P.A.S.T.I
semua manusia di dunia ni,
amat mendambakan ketenangan jiwa..
tidak mungkin ada manusia di dunia ini yang tidak mahukan ketenangan jiwa.

orang kaya,
orang miskin,
orang sederhana,
semuanya mendambakan jiwa yang tenang
setenang air di kali..

jika kita kaya tetapi jiwa tidak pernah tenang, apalah ertinya?
jika kita berjaya, tetapi hati sentiasa rawan..
apalah gunanya?

hati yang tenang ialah hati yang sentiasa mengingati Tuhan yang satu..
hati orang yang tenang ialah hati-hati yang sentiasa melafazkan zikrullah..
hati yang sentiasa takut dalam melakukan kejahatan,
dan senang melakukan kebaikan..


bagaimana mencapai ketenangan jiwa?
syukur dan sabar,
merupakan salah satu cabang kepada ketenangan jiwa..
walau kita berada dalam apa jua keadaan sekalipun,
ingat kepada Sang Pencipta..
bersyukur dan bersabar pada setiap percaturanNya..

kita sering melihat wajah alim ulama'..
wajah mereka wajah tenang..
wajah mereka wajah bersih..
di mana mereka mendapat ketenangan itu?
sudah tentu dari pengabdian diri mereka kepada Tuhan..

mereka orang-orang yang merasakan kemanisan iman..
mereka orang yang sentiasa tunduk dan sujud menyembah Tuhan yang Esa..


ketenangan jiwa dapat diperoleh apabila kita mengejar keredhaanNya...


'' ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit... diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman... mereka tetap berdiri TEGUH dikala orang lain di dalam kegoncangan ''

- syed qutb -


nota kaki : entri ini peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk pembaca-pembaca yang dikasihi.. =)

words


.


smile
an everlasting smile
a smile can bring you near to me
don't ever let me find you gone
cause that would bring a tear to me
this world has lost its glory
lets start a brand new story now my love
right now there'll be no other time
and i can show you how my love
talk in everlasting words
and dedicate them all to me
and i will you give you all my life
i here if you should call to me
you think that i don't even mean
a single word i say..
its only words and words are all i have to take your heart away~

-bee gees-
1970

l.i.f.e.


.

wajah-wajah bahagia..


.: Kata ahli falsafah :.

apabila kita mendapat sesuatu,
pada masa yang sama..
kita akan kehilangan sesuatu..


sedarkah kita..
apabila kita mendapat sesuatu.
tanpa kita sedari,
kita akan kehilangan sesuatu..


contohnya,
jika kita mndapat sebuah kejayaan..
yang gilang gemilang...
kita gembira... kita bersyukur...


tapi sedarkah kita?
pada masa yang sama..
kita kehilangan..
harga sebuah kesakitan atas sebab kegagalan..
D.A.N
harga sebuah kebangkitan dari kegagalan..?



dalam hidup ni,
kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa..
itu kata ahli falsafah..


justeru itu,
pastikan apa yang kita dapat itu lebih berharga
daripada apa yang kita hilang...


dan jangan keliru dengan kepercayaan,
yang bahagia itu hanya menanti di
penghujung jalan..


kerana hakikatnya,
bahagia itu ada di sepanjang jalan bersama kita..

so just smile, dearie.. =)