Apa khabar semangat? Masih adakah? Atau masih timbul tenggelam? Pertanyaanku semalam dan juga jawapanku semalam : Tidak ada.. Seakan mahu rebah.. Mana tangan-tangan yang mahu menarikku ke atas..? Tidak ada.. Terkapai lagi sendirian.. Aku mencari diri.. Mencari erti.. Seharian suntuk aku tidak bermotivasi.. Memintal sisa-sisa kekuatan diri.. Ahh pening kepala berfikir itu dan ini.. Lantas kepala diletakkan di atas bantal, tidur sebagai ubat penenang.. Rasanya tidak mahu bangun lagi.. Ahh ayat ketika orang bermasalah, begitulah.. Tidur, tenang seketika dari masalah.. Tidur sehingga 4-5 jam, untuk menenangkan hati, hakikatnya cuma seketika..
Bangun.. Lihat sekeliling, oh sendirian.. Roomate pergi sambut harijadinya, mungkin.. Keluar tanpa memberitahu, jadi biarlah.. Setelah itu berfikir lagi, dugaan yang melanda.. Penatnya berfikir.. Penatnya.. Memandang kosong siling.. Untuk sedetik, dua detik, tiga detik.. Setengah jam.. Mencari ubat hati.. Terfikir.. 'Nak keluar jumpa kawan-kawan la, pasti dapat hilangkan masalah' Ambil hp, nak taip mesej.. Wait! dalam keadaan macam ni, agak-agaknya kawan tengok pun taktau nak gelak ke nak sedih tengok aku.. Takpelah, nanti mereka rasa susah hati pulak.. Hp letak semula..
Terpandang meja.
Buku-buku yang dibeli dengan vocher tak bersentuh lagi.. Ada 4 buku semuanya.. Lantasku capai satu buku yangku beli semalam, tajuknya "Jagalah Allah.. Allah menjagamu'' tulisan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.. Ku selak mukasurat yang pertama.. Cinta Yang Agung... Faktor-faktor meraih cinta Allah S.W.T.. Isinya, Dengan Al-Quran Al-Karim..
Ku petik sedikit,
Di antara faktor yang paling dekat manfa'atnya dan disukai oleh Allah adalah faktor Al-Qur'an Al-Karim kerana Al-Qur'an adalah kitab yang sangat agung yang diwasiatkan oleh Rasulullah kepada umatnya.
Maka umat ini tidak akan pernah berjaya dan beruntung, kecuali dengan membaca, merenung dan mengamalkan isi kandungan Al-Qur'an. Dan tatkala kamu melihat umat ini mulai berpaling daripada Al-Qur'an dan mengambil pengganti selainnya, maka Allah akan menjerumuskan mereka menuju jurang perselisihan dan perpecahan yang berpanjangan.
Imam At-Tirmidzi dan Imam Ahmad meriwayatkan hadith marfu' daripada Umamah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Tidaklah suatu kaum itu sesat (berpaling) setelah mereka mendapat hidayah (Al-Qur'an) yang diberikan kepada mereka, melainkan mereka akan dijerumuskan menuju jurang perselisihan dan perpecahan. (Ahmad, no.21660; At-Tirmidzi, no. 3253 dan Ibnu Majah, no.48. Lihat kitab Al-Misykat, no.180 dan hadith ini diriwayatkan juga oleh Al-Hakim, no. 3721).
Petikan lain.
Daripada Abdullah b. Abbas r.a berkata, Rasulullah bersabda,
Sesungguhnya orang yang tidak sama sekali Al-Qur'an di dalam dirinya, bagaikan rumah yang hancur lebur. (Ahmad, no. 1948; At-Tirmidzi, no.2913; Ad-Darimi, no. 3306 dan Al-Hakim, no. 2704. Lihat Al-Misykat, no. 2135 dan Dha'if At-Tirmidzi, no. 557)
Dan rumah yang hancur lebur itu biasanya dihuni anai-anai, ular dan kala jengking.
Hati yang sama sekali tidak dihuni dan tidak sedikitpun Al-Qur'an, isi nya penuh dengan kemunafikan dan gangguan, rayuan dan khayalan, kebingungan dan kesedihan, penuh dengan kerinduan dan cinta yang terpendam dan nyanyian-nyanyian glamour lagi gila serta pandangan yang tidak dapat dikawal dan bergelumang dengan dosa.
Hati terdetik.
Sudah berapa lama aku tidak menyentuh mushaf agung tu? Sudah berapa lama mulut ini tidak meluncurkan bait-bait suci Al-Quran?? Terpana. Ya Allah, hambaMu ini banyak dosa.. Sering lalai dalam mengingatimu... Ampuni aku.