Perjalanan..


.


Hari-hari yang mendatang..
Ku kutip semangat yang hilang..
Satu-persatu..

Aneh..
Rasa ini menyesak, menekan jiwa..
Serasa seperti mahu berlari ke hujung dunia..
Menyepi dan mencari erti diri..
Meninggalkan hiruk pikuk dunia..
Menjauh dari segala tipu-daya nya..

Meminggir..
Bukan bererti ku lari..
Cuma mencari dan mencerna apa yang terjadi..
Mengutip dan mencantum hakikat kehidupan..

Ku ingin menyendiri,
Pasti..
Dalam kembara ku ini..
Ku temui apa yang ku cari..

                                             Life sometimes unpredictable
                                             what we have to do is to sit back and accept..






Hati


.


Sakit. Tapi tetap akanku teruskan jua.

DUGAAN


.

Bila tuhan rasa hambanya jauh...
tersasar dari jalan yang terang...
DIA beri dugaan...

Sama ada berkaitan dengan orang tersayang, kerja,pelajaran
mungkin ada yang menuturkan
Tuhan itu kejam...
kenapa aku yang terpilih untuk hilang orang yang tersayang
kenapa kau ambik kawan sepermainan ku...
 tapi ...
pernahkan terfikir kenapa kita jadi pilihan NYA??
pernah terfikir selama bernafas...
berapa kali sujud padaNYA?
berapa kali ingat padaNYA bila melakukan yang bercanggahan??

Dia uji kita sebab sayang akan kita...
mahu beri yang terbaik...
mahu jadi yang terbaik...

aku pernah terfikir begitu...
bila hilang teman baik dalam tempoh yang hampir dekat..
aku bagai hilang pedoman...

aku hilang teman tengok bola, teman pergi jalan raya...teman ngeteh kedai mamak...
teman yang akan menjerit ditepi telinga bila aku masih berdota ketika waktu makin suntuk...

bila aku makin kuat...

aku diuji lagi...


INDAH


.

Indah itu subjektif..
Indah itu cantik...
Indah itu bersih....
Indah itu perkataan...

mungkin bila usia mengejar kita...
tafsiran tentang kata makin berbeda...

mungkin pada 2000..
indah bagi aku...
gadis yang memakai baggy dan sleveless itu indah..
indah pada cara dia mentafsir jiwa dalam pakaiannya..

mungkin pada 2005...
indah bagi ku...
gadis yang melompat di gigs adalah indah...
indah dalam cara mendefinisi kebebasan..
bebas dari kongkongan bos besar dan mem besar..
18 tahun umur yang melepasi undang-undang untuk menimbangkan keputusan...

mungkin pada 2010...
indah bagi ku....
gadis yang bersolek tebal...
bergaya didepan lensa...
itu indah..
indah dalam memperagakan tubuh dan bakat...

tapi pada 2012...
definisi indah makin berbeda...

indah bagiku....
cara bertutur yang indah...
cara menjaga diri dan maruah dalam kebobrokan arus sosial...
cara melabuhkan tudung dan pakaian,,,
cara menjaga adab sesama islam...

meski begitu...
perubahan perlukan masa....
perlukan cahaya dalam meniti kegelapan...

aku memang umat Muhammad S.A.W....
tapi aku juga insan biasa yang lalai dan alpa...
mungkin sekarang tiba masa untuk aku berubah

bukan berubah untuk orang...
tapi berubah untuk yang Satu...

5 tahun lagi mungkin aku seorang isteri..
6 tahun lagi mungkin aku seorang ibu...
jadi untuk menjadi pendidik kepada generasiku..
aku mesti menjadi muslimah...muslimah sejati...

INSYAALLAH

program santai anak muda


.

wajah murabbi kesayangan ambe..


19hb Mei 2012

Santai Anak Muda
bersama Ustaz Azhar Idrus
beserta Sham Kamikaze, Ali XPDC

Padang Kota, Pulau Pinang.
Lepas Maghrib

         Program kali ini dibawah anjuran majlis negeri pulau pinang, ini kali ketiga tak silap sy, murabbi kesayangan sy datang pulau pinang. kali pertama ustaz Azhar datang beri ceramah di masjid negeri pulau pinang tahun lepas 20 november 2011, sy tak dapat hadir sebab masa tu cuti akhir semester, sy di teluk intan. kemudian 17 mac 2012 juga di masjid negeri pulau pinang. yeaa kali ni sy dapat juge datang buat pertama kalinya mendengar ceramah murabbi kesayangan sy di masjid negeri. wah penuh sungguh masjid negeri masa tu, penuh dengan muda-mudi, orang tua, makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik.

         memang fenomena ustaz Azhar sy rase kan. anak muda nya memakai jubah putih dan serban. yang wanita memakai jubah hitam dan purdah. wah rasa sejuk hati masa tu, suasana di Mekah sangat dirasai dengan pemandangan sebegitu. rindu. rindu suasana islam sebegitu. jauh di sudut hati sy menginginkan suasana sebegitu di tanah tumpah darah sy. alangkah indahnya jika di malaysia begitu. indah hidup mengikut syariat. pertama kali melihat murabbi live, begitu kecil murabbi ketika itu sebab lihat dari tingkat atas masjid negeri. sejuk hati.  

          kali ini ust. Azhar datang lagi buat kali ketiga tak silap sy. sabtu ini, di padang kota. laju je sy sampaikan mesej pada rakan2 sy di usm. bertanya ingin menyertai ke tidak program ini. beruntung dapat rakan yg sejiwa, sy berharap semuanya dapat membebaskan diri dari sebarang aktiviti pada sabtu ini. insyaAllah. ketemu di sana.. 

#tak sabar bertemu dengan ust. Azhar Idrus lagi, meskipun dari jauh tapi dah cukup mengubat rindu melihat wajah murabbi kesayangan ni. 

hormati lah ulama', dekati ulama'. cintai ulama'. seribu kali lebih baik dari kita hormat artis. kan? kan? 

untukmu sahabat


.

kepada si dia.

saya sangat merinduinya. bila kita nak bertemu. 

uhibbuki fillah ukhti..uhibbuki fillah.. 

persahabatan sampai syurga.. 

:')




broadband maxis unlimited plan


.



Semalam sy merayap dari wall ke wall dalam fb. tiba-tiba ternampak iklan pasal broadband maxis unlimited plan. korang ada pernah dengar? sy tak pernah, sebab biasa broadband mesti ada kuota dia bagi contoh macam 2GB ke 5GB sebulan ke, tapi ni unlimited! kira bandwith 1000GB pon boleh, kalau gitu nak download games, tengok youtube setiap masa memang takde masalah lah sebab unlimited! jadi sy terus la contact penjual tu, tanya macam-macam. dia kata bayaran permulaan rm120 untuk starter pack, pendaftaran dsb. lepas tu, bulan2 seterusnya bayar rm40 dekat maxis center pon boleh. erm, tawaran hebat ni.

lagi pun broadband yang sy guna sekarang ni bandwith nya asyik habis je (mana taknya tuannya suka bukak cite super spontan dekat youtube :P) kadang-kadang topup untuk 2 hari. agak2 sehari tu dah nak habeh dah. lepas tu mula la guna cmd nak bagi speed dia stable. aa guna cmd ni memang speed broadband boleh laju balik tapi dia selalu buat laptop hang la. maybe sebab laptop sy berat. tu yang tak best tu. kadang-kadang restart pun dia akan hang balik. jadi kena biar lama baru bukak cmd and guna broadband balik. memang tak best la plan broadband ni sebab ada kuota. erm siapa nak tau lajukan speed broadband yg dah habis kuota guna cmd boleh la tanye sy ye, nanti sy ajar kan mcm mane.

Abg yang jual broadband maxis unlimited ni bitaw broadband unlimited ni tak banyak dijual sebab taknak jadi macam broadband celcom unlimited yang release beribu-ribu kemudian ada problem lepas tu. dia kata, sebulan keluar dalam 10 unit. mula-mula fikir jugak betul ke ni? legal ke? dia kata legal. sy tanya kenapa maxis keluar sikit sangat untuk jual. dia kata taknak jadi macam broadband celcom unlimited yang dah tarik balik pnjualan nya. erm, kalau dapat tu sangat lah bertuah...

tapi macam abang sy pun pakai broadband maxis unlimited plus tak payah bayar, free. dah la unlimited free plak tu, ha mana nak cari tu? haha. adoi abg sy dapat pun dari maxis sebab abang sy dealer maxis. sy mintak2 juga broadband tu kat dia tapi dia tak bagi. dia nak pakai kat kedai dia. k fine. takpe kita try beli broadband maxis unlimited ni tengok macam mana?


teman yang terluka


.




Wahai teman..

Aku melihat engkau terluka
Daku ternampak dikau bersedih
Kutahu batinmu pedih
Hatimu terhiris
Jiwamu terguris

Senyumanmu pahit,
dan engkau bilang sedikit sahaja?
"Oh lukaku tidak apa-apa"
Berguraukah engkau, atau berdusta?
Kutahu ia amat dalam sekali
Cedera batinmu amat berat
Parah dan teruk sekali, bukan?

Ambillah waktumu
Silakan menangis
Sila genangkan air matamu
Hangatkan kembali kelopak matamu,
yang sudah sekian lama tandus itu

Air mata itu teman
Air mata itu perisai
Air mata itu ubat
Air mata itu anugerah Tuhan
Buat insan yang terluka,
dan derita batinnya
Yang penting temanku
Air mata itu juga penebus dosa
Ia menebus segala kebodohanmu di masa lalu

Apa ada dengan pedih?
Pedih itu ubat yang membersih

Apa ada dalam hati yang kecewa?
Kecewa itu isinya, banyak pelajaran yang berguna

Temanku,
Tidakkah engkau ingat?
Selepas guruh dan guntur menyabung dahsyat
Petir dan kilat melintang hebat
Hujan dan ribut yang membadai
Setelah itu semua
Bumi kita yang tandus ini kembali subur
Cuaca kembali damai
Dan yang paling indah itu
Tuhan menghadiahkan kita pelangi

Tidakkah engkau lihat
Pelangi itu amat indah?
Pelangi itu ditemani cenderawasih
Seakan-akan ia utusan dari syurga
Pelangi itu menjadikan alam kita kembali meriah

Wahai temanku
Wahai kekasihku yang bersedih
Mari kuhulurkan tanganku buatmu
Agar engkau mampu bangkit kembali
Kami bersama-sama akan memapahmu
Kita sama-sama bergerak menuju Tuhan

Aku hanya mahu engkau tahu
Bahawa esok pagi,
matahari akan memberikan senyumannya kepadamu
dan sang rembulan akan menyambut malammu esok



semangat yang runtuh


.


Apa khabar semangat? Masih adakah? Atau masih timbul tenggelam? Pertanyaanku semalam dan juga jawapanku semalam : Tidak ada.. Seakan mahu rebah.. Mana tangan-tangan yang mahu menarikku ke atas..? Tidak ada.. Terkapai lagi sendirian.. Aku mencari diri.. Mencari erti.. Seharian suntuk aku tidak bermotivasi.. Memintal sisa-sisa kekuatan diri.. Ahh pening kepala berfikir itu dan ini.. Lantas kepala diletakkan di atas bantal, tidur sebagai ubat penenang.. Rasanya tidak mahu bangun lagi.. Ahh ayat ketika orang bermasalah, begitulah.. Tidur, tenang seketika dari masalah.. Tidur sehingga 4-5 jam, untuk menenangkan hati, hakikatnya cuma seketika..

Bangun.. Lihat sekeliling, oh sendirian.. Roomate pergi sambut harijadinya, mungkin.. Keluar tanpa memberitahu, jadi biarlah.. Setelah itu berfikir lagi, dugaan yang melanda.. Penatnya berfikir.. Penatnya.. Memandang kosong siling.. Untuk sedetik, dua detik, tiga detik.. Setengah jam.. Mencari ubat hati.. Terfikir.. 'Nak keluar jumpa kawan-kawan la, pasti dapat hilangkan masalah' Ambil hp, nak taip mesej.. Wait! dalam keadaan macam ni, agak-agaknya kawan tengok pun taktau nak gelak ke nak sedih tengok aku.. Takpelah, nanti mereka rasa susah hati pulak.. Hp letak semula..


Terpandang meja.


Buku-buku yang dibeli dengan vocher tak bersentuh lagi.. Ada 4 buku semuanya.. Lantasku capai satu buku yangku beli semalam, tajuknya "Jagalah Allah.. Allah menjagamu'' tulisan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.. Ku selak mukasurat yang pertama.. Cinta Yang Agung... Faktor-faktor meraih cinta Allah S.W.T.. Isinya, Dengan Al-Quran Al-Karim..

Ku petik sedikit,

Di antara faktor yang paling dekat manfa'atnya dan disukai oleh Allah adalah faktor Al-Qur'an Al-Karim kerana Al-Qur'an adalah kitab yang sangat agung yang diwasiatkan oleh Rasulullah kepada umatnya.

Maka umat ini tidak akan pernah berjaya dan beruntung, kecuali dengan membaca, merenung dan mengamalkan isi kandungan Al-Qur'an. Dan tatkala kamu melihat umat ini mulai berpaling daripada Al-Qur'an dan mengambil pengganti selainnya, maka Allah akan menjerumuskan mereka menuju jurang perselisihan dan perpecahan yang berpanjangan.

Imam At-Tirmidzi dan Imam Ahmad meriwayatkan hadith marfu' daripada Umamah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Tidaklah suatu kaum itu sesat (berpaling) setelah mereka mendapat hidayah (Al-Qur'an) yang diberikan kepada mereka, melainkan mereka akan dijerumuskan menuju jurang perselisihan dan perpecahan. (Ahmad, no.21660; At-Tirmidzi, no. 3253 dan Ibnu Majah, no.48. Lihat kitab Al-Misykat, no.180 dan hadith ini diriwayatkan juga oleh Al-Hakim, no. 3721).

Petikan lain.

Daripada Abdullah b. Abbas r.a berkata, Rasulullah bersabda,

Sesungguhnya orang yang tidak sama sekali Al-Qur'an di dalam dirinya, bagaikan rumah yang hancur lebur. (Ahmad, no. 1948; At-Tirmidzi, no.2913; Ad-Darimi, no. 3306 dan Al-Hakim, no. 2704. Lihat Al-Misykat, no. 2135 dan Dha'if At-Tirmidzi, no. 557)

Dan rumah yang hancur lebur itu biasanya dihuni anai-anai, ular dan kala jengking.

Hati yang sama sekali tidak dihuni dan tidak sedikitpun Al-Qur'an, isi nya penuh dengan kemunafikan dan gangguan, rayuan dan khayalan, kebingungan dan kesedihan, penuh dengan kerinduan dan cinta yang terpendam dan nyanyian-nyanyian glamour lagi gila serta pandangan yang tidak dapat dikawal dan bergelumang dengan dosa.


Hati terdetik.

Sudah berapa lama aku tidak menyentuh mushaf agung tu? Sudah berapa lama mulut ini tidak meluncurkan bait-bait suci Al-Quran?? Terpana. Ya Allah, hambaMu ini banyak dosa.. Sering lalai dalam mengingatimu... Ampuni aku.









cooking and me


.

Dah lame tak hapdate blog.. Rasa nak hapdate pula bila takde ape nak buat lepas sahur tadi.. Dah bersawang nampak nye blog ni.. Huhu.. Kali ni nak update ttg cooking, atau memasak dlm bahasa ibunda kita... Hehe.. Cm taktau je kan..


Erm.. masak.. sapa sini suka memasak, sila angkat tangan mcm saye.. (okay, lawak camni dah basi, keep on reading) Honestly, or jujurly, saye mmg minat masak.. n masak boleh dikategorikan as my passion.. Ye. Passion ye.. Ape2 saje yang berkaitan dgn masak, saye akan jadi semangat.. diulangi ''semangat''.. huhu..

kalau pergi kedai buku, saye tak segan silu nak jenguk buku2 masakan kat situ.. It's just my minat... Bukan nk menunjuk or pape yg sewaktu dengannya, again.. i'm very passionate in masak... setakat ni yg saye sedar, saye minat pada masakan Melayu, utk msakan itali mcm pasta, spaghetti, pizza ke apa tu tidaklah pula.. mungkin someday nanti.. tpi for me, masakan melayu memang senang dalam penyediaannya.. macam ayahanda tercinta saye kate, ''senang je nak masak ni dik, kalau tau basic, campak2 je dah boleh jadi makanan''.. maksudnya kalau kita tau asas atau basic memasak tu, memang boleh masak apa sahaja.. setakat ni mkanan Melayu yg saye pernah buat yang saye rase mencabar macam masak lemak cili padi.. sbb perlu masukkan santan,kunyit dsb nya..

erm.. mula-mula saye taktau pun saye ni passionate pade masak ni.. until someday saye tergerak hati nak tolong akak saye memasak kat dapur.. fyi, akak saye mmg sangat amat terer memasak msakan melayu.. cuma, saye je tak terima hidayah lagi nak berguru dgn dia.. pe la kan.. huhu.. until someday saye taktau mne dtang nye hidayah, stiap kali die nak ke dapur, saye akn follow die dengan kertas dan pen di tangan.. setiap ape yg die buat saye akan catat, dan ape yg saye taktau saye akan tnye.. sampai akak saye pun rimas ngan saye time tu.. yela org nak memasak, saye duk tepi tanye itu ini.. hehe.. tapi itu la org kate usaha tangga kejayaan.. lps catat resipi2 akak saye tu, lps tu saye try la tnpe perlu beliau di sisi.. haha.. lepas ni akak saye bole la berehat dari jadi tukang msak spenuh masa family.. syok tak kakda? hehe.. oke la, smpai sini shja la cerita saye.. time kasih membace.. iklan : rancangan masterchef akn on air oktober ni ye.. Jgn lupa tengok.. saye? harus la tengok.. hee.. oh btw, selamat berpuasa buat umat Islam.. Semoga mendapat keberkatan dan pahala yg berlipat ganda.. Barakallahu fik..

doa yang indah


.


Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.

"Tidak. Itu bukan untuk Allah singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya."


Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.

"Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara."


Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.

"Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari."


Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.

"Tidak. Allah memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu."


Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.

"Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat pada Allah."


Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.

"Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Allah akan memangkas untuk membuatmu berbuah."


Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.

"Tidak. Allah akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal."


Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.


"Akhirnya kau mengerti wahai diri. HARI INI ADALAH MILIKMU. JANGAN SIA-SIAKAN.

Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.


p/s : semoga kita mendapat manfaat dari doa ini.. syukran.

mabruk! mabruk!


.



Assalamualaikum w.b.t..
kaifa haluka..?
kaifa haluki..?


MasyaAllah.. sungguh perjalanan ke sana itu suatu keindahan.. diberi peluang menjejakkan kaki dan berada di hadapan Kaabah juga suatu keindahan yang tiada taranya.. mohon doa dari kalian semoga perjalanan ini diredhai dan diberkatinya.. barakallahu fik..
doa dipanjatkan untuk kalian disana.. jangan risau.. semoga pemergian ini menjadi titik tolak atau anjakan paradigma dalam hidup ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah..


Widaa'an.. ilal-liqo'..
Wassalam..


10.36pm..
28/5/2011
Bertemu kita dua minggu lagi.. InsyaAllah...




suatu perjalanan yang panjang


.


serasa ingin berlari ke hujung dunia. memeluk rasa. menenangkan jiwa. sungguh perjalanan ini amat mencabar. entah bila akan berakhir. jiwa rapuh tidak harus ada di sini. mana jiwa yang kental? mana? beritahu saya.

alil story


.



29 april 2011

pagi itu. pagi yang aneh. jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. di luar, guruh berdentum-dentam. guruh yang aneh, hati berbisik. guruh yang tidak pernah saya dengar sebelum ini. seperti guruh yang sedang menghentam penentang2 Tuhan. kuat sekali. saya terkebil-kebil. kemudian, saya bingkas bangun dan menyingkap langsir. langit berwarna oren. hati beristighfar. tidak pernah saya lihat sebelum ini langit berwarna oren di pagi hari. sepantas kilat, hati lantas mengingat kiamat, benar. hati saya benar2 teringat akan kiamat. saya takut. saya rasa pagi itu lain benar. dan hari itu pula jatuh hari jumaat. rasa takut benar2 menyelubungi segenap hati. saya lantas kembali ke katil. menafsir suatu rasa yang sukar digambarkan. saya duduk. takut untuk keluar membersihkan diri kerana hujan terlalu lebat. tambahan, bilik saya di aras bawah sekali. setelah menunggu hampir 20 minit, hujan akhirnya reda. saya lantas memberanikan diri untuk keluar dan membersihkan diri. namun hati masih cemas. langit masih berwarna oren. oren yang pelik. saya tidak pernah lihat sebelum ini melainkan langit waktu senja yang sememangnya berwarna oren. akhirnya, dalam pukul 7.15 pagi, langit kembali seperti biasa. namun, pagi itu cuaca seperti pukul 6.30 petang. mendung dan kelam. saya berdoa agar cuaca elok seperti sediakala kerana petang itu saya hendak pulang ke kmpung. saya harap perjalanan selama 4 jam lebih dgn menaiki bas itu brjalan lancar. sesampai di rumah, kakak saya juga bercerita benda yang sama. katanya, pagi tadi lain macam. semasa melihat ke luar jendela, dia juga teringatkan kiamat. hati saya berbisik. bukan saya seorang sahaja perasan keanehan cuaca pagi tadi.


Wallahualam..

sekian. sekadar berkongsi pengalaman, segala apa yang berlaku, hanya Dia sahaja yang tahu.

ceramah yang menarik dan menyentuh hati


.


ceramah dari Dr. Asri..
what a wonderful video..
sungguh indah bahasa yang digunakan..
cukup menyentuh hati kita yang mendengarnya..
alangkah bagus jika penceramah2 menggunakan pendekatan sebegini..
pasti hati yang keras menjadi lembut,
selembut air yang mengalir di celah dedaunan...

=)

manusia yang dikasihi ALLAH


.




saya ingin menjadi manusia dikasihi Allah...


Rasulullah S.A.W bersabda,


Maksudnya : " Manusia yang paling dikasihi oleh Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar.


Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan marahnya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari kiamat,


dan sesiapa berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu sehinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya (ketika melalui pada hari kiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu. "


dikurniai sahabat


.

Entry aku kali ini formal sedikit iaitu tentang S.A.H.A.B.A.T. Ini entry serius ni. Jangan senyum.... Hehe... Mari selami entry kali ini dari rasa dan nilai budak kecil umur baru setahun jagung ini.... Tidaklah hebat mana menilai pun... Boleh la sikit-sikit... Berbalik pada tajuk atas.... S.A.H.A.B.A.T. Ya... Sahabat kita... Bukan kawan tetapi sahabat... Bagi aku takrif kawan dan sahabat ini berbeza.... Jauh bezanya.... Kawan tidak bersama kita di waktu susah, kawan cuma bersama kita pada waktu senang... Tapi sahabat bersama kita di waktu senang dan susah... Setuju...?


Tidak kira bagaimana teruk keadaan kita waktu itu, atau bagaimana hebatnya kita waktu itu... Sama ada kita sebagai kehormat.... Atau kita cuma penagih dadah... Sahabat tetap di samping kita... Sahabat juga orang yang sanggup berkorban kepentingan diri untuk sahabatnya... Aku ambil situasi sebagai contoh... Pasti dalam menelusuri perjalanan jauh kehidupan kita ini, ada suatu masa, kita rasa kita di tahap paling bawah sekali... Atau masa itu masa jatuh kita.... rasa diri macam sampah (ishh..) Tak bernilai... Orang tidak pandang... Orang tidak kenang... Masa inilah... Kita pandang orang di sekeliling kita... Siapa yang berada disamping kita....? Masih adakah yang berdiri di samping kita selain keluarga...? Jika ya... Itulah SAHABATmu.... Yang berada di sampingmu ketika susah dan senang.... Kenalpastilah siapa sahabatmu... Hargailah dia... Kerana dia sahabat kurniaan dari Tuhan... Percayalah Tuhan mengirimkan sahabat untuk bersama-sama menelusuri perjalanan jauh hidup kita dan menemani lengkuk cerita hidup. Tuhan tahu, manusia tidak boleh hidup sendirian... Manusia perlu teman. Itu pasti.

Teringat yang aku juga punya sahabat yang amat aku kenang dan hargai nilai dirinya... Sahabat aku ini sentiasa berada di samping aku sejak aku kecil... Mungkin kerana kami punya pertalian darah... Jadi kami seakrab, serapat ini... Dia sahabat aku, dia juga ku rasa kembar aku.... Kerana kami kongsi impi diri yang sama... Lewat solat aku berdoa syukur kepada Tuhan kerana mengurniakan aku seorang sahabat yang tidak ternilai harganya... Sahabat satu ini sahabat istimewa.... Aku tidak akan menemui orang sepertinya kerana dia sangat faham akan diri aku... Masalah sebesar-besarnya aku adu pada dia, keadaan diri aku yang tidak punya semangat aku adukan padanya.... Nyata, Tuhan beri aku sahabat sejati, waktu jatuh aku masih ada sahabat satu ku ini.... Pasti di beri kata semangat dan didoakan aku lewat solatnya... Terima kasih sahabat, Sahabat... Kau memang tiada nilainya.... Itu aku kenang...

'' Tujuh golongan yang mendapat naunganNya di hari yang tiada naungan selain dari naunganNya adalah dua orang (sahabat) yang saling mengasihi kerana Allah. ''


nota kaki : entry dahulu . =)

kucing


.


.: comel sangat :.




sujud


.



sewaktu kita bersujud, kita berada hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati, hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.

Sabda Rasulullah S.A.W :

" Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

" YA ALLAH, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat. kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar..."



.:artikel dari kawan:.
mohon share kerana banyak maanfaatnya.. syukran jazillan..

we will not go down


.



Song for GAZA :


WE WILL NOT GO DOWN
.: Michael Heart :.


A blinding flash of white light,
Lit up the sky over Gaza tonight,
People running for cover,
Not knowing whether they're dead or alive..

They came with their tanks and their planes,
With ravenging fiery flames,
And nothing remains,
Just a voice rising up in the smoky haze..

We will not go down,
In the night, without a fight,
You can burn up our mosque and our homes and our schools,
But our spirit will never die,
We will not go down,
In Gaza tonight..

Women and children alike,
Murdered and massacred night after night,
While the so-called leaders of countries afar,
Debated on who's wrong or right..

But their powerless words were in vain,
And the bombs fell down like acid rain,
But through the tears and the blood and the pain,
You can still hear that voice through the smoky haze,

We will not go down,
In the night, without a fight,
You can burn up our mosque and our homes and our schools,
But our spirit will never die,
We will not go down,
In Gaza tonight..


.:Song for Gaza:.

lagu ni bukannya untuk kita dengar sedap atau tidak..

T.A.P.I

bagi saya..

untuk kita hayati liriknya...
untuk kita selami keperitannya...
untuk kita rasai kesakitannya...
untuk kita fahami kesengsaraan yang dialami saudara-saudara seislam kita di sana...

J.U.G.A

untuk kita mensyukuri nikmatNya...
betapa kita ini berada di negara yang aman damai..
tanpa peperangan...
dan diberi kesihatan yang sempurna...


melihat video ini,
membuatkan saya termenung,
dan menyedari betapa kerdilnya diri ini,
melihat anak-anak kecil yang berjiwa kental,
melawan zionis tanpa rasa....takut akan mati,
betapa kita di negara aman malaysia ini,
mempunyai penyakit wahan..
mencintai dunia.. dan takut akan mati..
MasyaAllah..


doakan lah keselamatan saudara-saudara kita di sana..

YA ALLAH.. selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin..
lindungi mereka daripada kekejaman Zionis..
Amin Ya Rabb.... T_T


Apa sumbangan kita untuk mereka?
Fikir sejenak.....